window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cinta didustai, suami lulus rentas negeri untuk “tangkap bini bercinta” semasa PKP

Mersita · Jun 28, 2021 03:00 PM

Cinta didustai, suami lulus rentas negeri untuk “tangkap bini bercinta” semasa PKP 01

Satu ciapan di Twitter yang menunjukkan borang permit rentas negeri untuk tujuan menangkap isteri curang mula tular sejak ia dimuatnaik dua hari lalu. Gambar permit rentas negeri yang diluluskan pihak polis itu dimuatnaik oleh pengguna bernama Aiman Afiq, katanya atas keizinan pemilik permit berkenaan.

Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan rakannya iaitu pemohon permit rentas negeri berkenaan nampak lebih tenang setelah selesai urusan itu. Borang permit rentas negeri berkenaan dilihat lengkap dengan cop balai polis serta tandatangan pegawai polis yang meluluskan tujuan “tangkap bini bercinta” seperti yang ditulis pada bahagian sebab-sebab permohonan pergerakan.

Cinta didustai, suami lulus rentas negeri untuk “tangkap bini bercinta” semasa PKP 02

Sumber: Twitter @AimanAfiq_s

Warganet yang membalas ciapan berkenaan rata-rata menyokong kelulusan berkenaan. Seperti yang ramai sudah sedia maklum, terdapat peningkatan bagi kes kemurungan dan tekanan perasaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Secara amnya, permohonan untuk permit rentas negeri boleh diluluskan atas budi bicara dengan pihak polis mengikut kes-kes tertentu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cinta didustai, suami lulus rentas negeri untuk “tangkap bini bercinta” semasa PKP 01

Cinta didustai, suami lulus rentas negeri untuk “tangkap bini bercinta” semasa PKP 02

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara akan melibatkan sedikit kelonggaran bagi aktiviti rentas negeri dan daerah bagi pasangan suami isteri jarak jauh untuk tujuan kecemasan dengan kebenaran pihak polis.

Walaupun negara belum lagi dapat beralih ke Fasa 2 yang pada mulanya diramal untuk awal Julai ini, rakyat haruslah patuh pada SOP PKP yang telah ditetapkan dan keluar hanya untuk tujuan yang benar-benar penting sahaja.

Baca juga: PKP tidak tamat esok, Fasa 2 belum dapat dicapai

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda