window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Cinta itu buta" - Wanita ini terlalu sayangkan replika kapal terbangnya, sampaikan...

Mersita · Jun 4, 2022 06:00 PM

Kredit foto: Mercury Press

Semua orang ada minat tersendiri; kadangkala sama seperti kebanyakan orang, kadangkala berbeza. Sering kita mendengar kisah tentang peminat koleksi replika kenderaan, sampaikan sanggup menghabiskan ribuan ringgit membeli model ‘diecast’ yang disimpan rapi dalam almari kaca. Berbeza pula dengan seorang wanita yang terlalu menyayangi replika pesawatnya sampai jatuh cinta dan ingin mengahwini objek itu.

Sarah Rodo, seorang wanita dari Dortmund, Jerman berusia 23 tahun, mengakui yang dia tergolong dalam satu jenis hubungan 'Objectum Sexual’ yang bermaksud dia tertarik secara seksual terhadap objek tidak bernyawa. Dalam kes ini, dia menjalin hubungan dengan sebuah kapal terbang penumpang Boeing 737 dan replikanya yang dipeluk tidur setiap malam, lapor portal Mirror UK.

Kredit foto: Mercury Press

Katanya, dia pernah cuba menjalinkan hubungan dengan beberapa orang lelaki, namun dia menyedari yang dia tidak tertarik dengan manusia selain berasa enggan mempunyai hubungan fizikal bersama mereka.

Katanya, dia enggan berpeluk manja dengan manusia, sebaliknya dia boleh merasa tarikan seksual lebih kuat apabila bersama replika kapal terbang berkenaan. Hubungan seks ini adalah yang terbaik pernah dialaminya, tambahnya lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kapal terbang saya diberi nama ‘Dicki’ dan ia mengambil sebahagian besar ruang katil saya. Saya cintakan segala-galanya tentang ia; lebih-lebih lagi wajahnya, sayap, serta enjinnya – semua itu amat seksi bagi saya,” katanya lagi.

Siap ajak makan sekali, gais...
Kredit foto: Mercury Press

Sebelum jatuh cinta dengan ‘Dicki’, dia pernah rasa tertarik dengan ICE 3 iaitu sebuah tren ekspres. Jelasnya, dia menyedari dia mula tertarik dengan objek tidak bernyawa sejak dia berusia 14 tahun. Dia juga selalu menempah penerbangan ke sekitar Eropah supaya dapat ‘bersama’ dengan kapal terbang penumpang kesayangannya itu. Dia juga ingin mengahwini kapal terbang berkenaan, namun cinta terhalang kerana perkahwinan bersama objek diharamkan di negaranya.

Pelik lagi aneh, namun itulah hakikatnya bagi segelintir individu yang sangat unik dan berbeza jalan pemikirannya. Bagi orang biasa, hubungan dengan objek sememangnya tak dapat diterima dek akal, namun itulah hakikatnya dengan Cik Sarah Rodo ini. Musykil? Balut dan simpan Hot Wheels anda elok-elok di dalam almari. Sekadar untuk dilihat sekali-sekala untuk rasa gembira, cukuplah – lebih kurang sama saja dengan melihat ‘crush’ anda di Instagram.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda