window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cip 5G dalam kereta VW yang dibekal oleh Samsung boleh digodam dengan SMS mudah!

Faisal · Apr 5, 2023 07:00 AM

Cip 5G dalam kereta VW yang dibekal oleh Samsung boleh digodam dengan SMS mudah! 01

Kebanyakan kereta Volkswagen sekarang ini menggunakan cip Exynos Auto dari Samsung. Baru-baru ini pula, kumpulan Project Zero dari Google mendapat tahu bahawa ia sebenarnya mudah untuk digodam.

Cip 5G dalam kereta VW yang dibekal oleh Samsung boleh digodam dengan SMS mudah! 02

Menurut kumpulan itu, cip Exynos Auto Samsung yang dipasang pada beberapa model yang dilengkapi sokongan data 5G sebenarnya mengandungi 18 zero-day yang terdedah. Berdasarkan kenyataan dari konglomerat Seoul pula, Samsung mula membekalkan cip in pada Volkswagen sejak akhir 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, istilah zero-day ini didefinasikan oleh pengeluar atau vendor yang baru sahaja menerokai kecacatan dan ada ‘sifar hari’ untuk baiki masalah tersebut.

Secara amnya, perkara yang terdedah ini membolehkan penggodam mendapat akses ke maklumat kereta yang dikompromi serta penyambungan peranti seperti telefon dan tablet. Jadi, tidak mustahil kalau penggodam tersebut mampu mematikan kenderaan dengan hanya menghantar SMS ringkas.

Cip 5G dalam kereta VW yang dibekal oleh Samsung boleh digodam dengan SMS mudah! 01

Kata jurucakap Project Zero Google, Tim Willis, “Ujian yang dibuat oleh Project Zero mengesahkan bahawa terdapat 4 ketirisan yang boleh menyebabkan penggodam mengkompromikan telefon pada paras asas secara senyap. Malah, penggodam hanya perlu tahu nombor telefon mangsa sahaja untuk membuat kerja demikian.”

Dengan R&D tambahan, kami percaya bahawa penyerang yang berpengalaman dengan senangnya boleh membuat operasi untuk menjejaskan peranti yang terlibat dengan cara senyap dan tersembunyi.”

Di Malaysia, ketirisan dan pendedahan ini tidak melibatkan model Volkswagen tempatan kerana model-model di pasaran kita tiada sambungan 5G.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda