window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia

Faisal · Aug 21, 2021 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi untuk kali ini, kami ingin ceritakan 3 sebab kenapa legenda Citroen ini begitu laris di Malaysia.

1. Keterujaan teknologi Citroen

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 01

Berbandingan pengeluar kereta Perancis yang lain, Citroen ketika itu merupakan antara syarikat yang paling inovatif. Antara ciptaan keemasan mereka ialah kereta pacuan roda depan ‘unibody’ yang pertama di dunia iaitu Citroen Traction Avant.

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 02

Citroen DS, kereta pilihan Presiden Perancis sendiri.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan Citroen DS yang mana ia dimiliki sendiri oleh bekas Presiden Perancis, iaitu Charles de Gaulle. Untuk maklumat anda, Citroen DS menggunakan suspensi boleh naik turun jenis hidropneumatik yang mana kenderaan boleh dipandu walaupun dengan 3 roda sahaja.

Ciri ini sebenarnya telah menyelamatkan Presiden itu sendiri ketika diserang pada tahun 1962 oleh pembunuh upahan yang melepaskan tembakan sehingga memancitkan salah satu daripada tayar kereta beliau.

Kehebatan sebeginilah yang membuatkan rakyat Malaysia tertawan dengan kereta berjenama Citroen.

Juga bacaSpyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series?

2. Kereta Perancis tetapi dipasang di Pekan

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 03

Citroen Xantia diperkenalkan ke Malaysia pada tahun 1994 tetapi sebagai model CKD yang mana ia dipasang dekat kilang Automotive Manufacturers Malaysia (AMM) di Pekan. Disebabkan itu, ia berjaya menarik minat rakyat untuk memilikinya. Malah menurut laporan yang sahih, 40 unit yang pertama ditempah sebelum pelancaran dilangsungkan. Hebat tak hebat?

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 04

Kalau anda nak tahu, ini merupakan kilang sama yang memasang Proton Tiara. Pada peringkat awal, Citroen Xantia ditawarkan dengan enjin petrol XU10 2.0L 4 silinder (121 PS, 176 Nm tork) yang dipadankan samada ke transmisi manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan.

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 05

Harganya pula bermula dari RM 102,989 (~RM 192k mengikut duit hari ini) untuk manual dan RM 103,583 (~RM 193k mengikut duit hari ini) untuk automatik.

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 01

Kemudian pada tahun 1996, pengedar Citroen ketika itu, Directional Sdn. Bhd. memperkenalkan varian 1.9L turbodiesel (92 PS, 196 Nm tork) tetapi dengan transmisi manual sahaja. Varian yang eksklusif ini ditawarkan pada harga RM 126,737 (~RM 219k mengikut duit hari ini).

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 02

Selain itu, varian wagon 2.0L juga dirasmikan tetapi sebagai model import. Model yang khas dengan transmisi automatik ini berharga RM 124,999 (~RM 216k mengikut duit hari ini).

3. Zaman rakyat Malaysia berjinak dengan kereta Perancis

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 03

Tahun 90-an merupakan zaman dimana kereta Perancis menjadi trend di Malaysia oleh kerana harga yang cukup menarik. Walaupun Peugeot 405 lebih popular, sambutan buat Citroen Xantia tidak kurang hebatnya.

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 04

Salah satu sebabnya ialah reka bentuk yang nampak seakan kapal angkasa yang mempunyai roda.

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 05

Ini tetapan suspensi hidropneumatik Citroen Xantia yang paling rendah. Kredit: Kevin Leong.

Walaupun berkongsi platform dan enjin yang sama dengan Peugeot, Citroen Xantia mempunyai satu kelebihan yang mana ia datang dengan suspensi hidropneumatik yang boleh naik turun. Pada masa yang sama, kereta eksekutif Perancis ini juga lengkap dengan sistem stereng empat roda.

Gabungan kedua-dua teknologi ini meletakkan Citroen Xantia antara kereta yang memiliki pemanduan terbaik di kelasnya. Malah kalau anda nak tahu, ia juga pernah memegang rekod sebagai kereta paling laju dalam ujian ‘moose’ (85 km/j) yang dibuat oleh terbitan permotoran Sweden, iaitu Teknikens Varid.

Konklusi

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 06

Demikianlah sebab kenapa Citroen Xantia begitu diminati oleh masyarakat kita di era-90an. Kini, unit terpakai boleh dibeli pada harga bawah RM 10,000. Apapun, harga untuk membelanya boleh memakan kos yang banyak, terutama untuk menjaga suspensi yang disebutkan.

Citroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia 07

Secara keseluruhan, Citroen Xantia merupakan antara kereta Perancis paling canggih yang pernah dijual di Malaysia. Walaupun kos penjagaannya agak tinggi, perlu diingatkan bahawa harga ketika jualannya dahulu cukuplah menarik. Di sinilah bermulanya penaklukan kereta Eropah dalam pasaran yang lebih mampu milik di Malaysia.

Juga bacaSPYSHOT: Citroen C3 2021 dikesan di Malaysia, tapi atas tujuan apa?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda