window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Civic ‘sapu’ motosikal EX5 – Bukan mabuk, tapi mengantuk. Adakah dendanya sama?

Mersita · Dec 3, 2020 11:55 AM

Civic ‘sapu’ motosikal EX5 – Bukan mabuk, tapi mengantuk. Adakah dendanya sama? 01

Bila kita lihat video kemalangan membabitkan kereta yang dipandu macam ketam dan akhirnya melanggar pengguna jalanraya yang paling berisiko kemalangan maut… mesti kita terus komen, “eh, mabuk, tak guna!”

Tak hairanlah, kita acap kali dikejutkan dengan kes kemalangan membabitkan kereta dan motosikal dimana pemandu kereta selalunya mabuk. Tapi, bukan kali ini, kerana kemalangan yang terjadi semalam antara Honda Civic dan Honda EX-5 bukanlah kes langgar mabuk. Pemandu Civic EK gen 6 tersebut terlelap ataupun sering digelar ‘microsleeping’.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban menghala ke Plaza Tol Sungai Besi pada pukul 12.10 tengah malam itu membabitkan mangsa iaitu seorang ‘despatch’, Zhafari Bukhori berusia 34 tahun, yang dirempuh oleh pemandu Civic iaitu seorang lelaki berumur 47 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata ujian nafas yang diambil oleh pemandu tersebut mengesahkan yang pemandu bebas daripada pengaruh alkohol. Pemandu tersebut didapati bekerja sebagai penyelia kelab dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jika dilihat pada rakaman video yang tular itu, pemandu tersebut nyata dilihat memandu dalam keadaan bahaya di atas lebuhraya 3 lorong yang agak lengang pada masa itu. Mangsa pula menunggang motosikal di sebelah paling kiri lebuhraya itu. Tapi, siapa sangka, betul-betul ketika Civic tersebut melilau dengan laju ke pembahagi jalan sebelah kiri, mangsa pula berada di posisi yang malang.

Civic ‘sapu’ motosikal EX5 – Bukan mabuk, tapi mengantuk. Adakah dendanya sama? 01

Sumber: Harian Metro

Mangsa dirempuh dan terseret kira-kira 1.5 meter, parah pada bahagian kaki dan pinggang. Mangsa dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) tetapi disahkan meninggal dunia di dalam ambulans.

Mengantuk dan mabuk, adakah di bawah kesalahan yang sama?

Walaupun kemalangan membabitkan pemandu mabuk layak dikecam beramai-ramai, ini tidak bermaksud yang pemandu mengantuk boleh dikecualikan walaupun diberi alasan ‘lebih ringan’. Menjaga keselamatan dan menjadi pengguna jalanraya bertanggungjawab adalah amanah kita semua.

Zulkefly berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Melalui kelulusan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang diumumkan pada Ogos lepas, Seksyen 41 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian akan memperuntukkan hukuman penjara antara lima ke 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun, bagi sabitan pertama.

Pesalah boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 ke RM100,000 atau hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan berikutnya.

Civic ‘sapu’ motosikal EX5 – Bukan mabuk, tapi mengantuk. Adakah dendanya sama? 02

Seperti kes baru-baru ini membabitkan pemandu Mercedes-Benz yang merempuh motosikal Modenas di lebuhraya LEKAS sehingga menyebabkan mangsa maut, pemandu tersebut didapati memandu dalam keadaan mabuk dan ditahan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ini boleh membawa kepada hukuman yang lebih berat – penjara 10 hingga 15 tahun, didenda antara RM 50,000 dan RM 100,000 dan hilang kelayakan lesen 10 tahun untuk kesalahan pertama; manakala penjara 15 – 20 tahun, denda RM 100,000 – 150,000 serta gantung lesen 20 tahun untuk kesalahan seterusnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda