window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra!

Mersita · Sep 29, 2021 06:00 PM

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra! 01

Memang mudah untuk keliru apabila timbul nama Honda Integra, namun sebagai penjelasan, coupe 5 pintu model Integra 2022 yang diacah baru-baru ini akan dijenamakan dibawah segmen mewah Honda iaitu Acura. Honda Integra yang anda lihat di sini ialah keluaran khas untuk China dan ia merupakan kembar kepada Honda Civic FE.

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra! 02

Sebagai info, Honda ada dua rakan niaga di China iaitu Dongfeng Honda dan GAC Honda. Dongfeng Honda menjual Honda Civic, manakala GAC Honda pula dipertanggungjawabkan dengan Honda Integra/kembar Civic yang anda lihat di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra! 01

Terdahulu, GAC Honda hanya mengeluarkan foto-foto Integra ‘sporty’. Kini, foto debut mendedahkan yang GAC menawarkan pelbagai pilihan warna menarik dan ceria seperti kuning terang dan hijau jed bagi model ini.

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra! 02

Walau di China, warna-warna ini dilihat sebagai pilihan berani. Nampak jelas yang GAC Honda cuba untuk menarik perhatian pembeli kereta dikalangan generasi muda.

Baca juga: Honda Integra bakal kembali pada akhir 2021! - tapi sebagai Civic?

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra! 03

Namun, walaupun ia kembar Civic, nampak gayanya syarikat itu masih mahu memperingati lagenda Integra dari masa dahulu.

Ada ura-ura mengatakan yang Integra ini juga akan didatangkan dengan kotak gear manual dan dipadankan dengan enjin L15C9 1.5 liter berpengecas turbo yang sama dengan Civic – mampu menjana sekurang-kurangnya 184 PS.

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra! 04

Terdahulu, kami merumuskan yang Integra disasarkan untuk menjadi seperti Civic namun dalam versi lebih ‘sporty’ – sebab itulah ia dilengkapi dengan bentuk lampu hadapan LED lebih tajam, jejaring bercorak sarang lebah, dan juga bentuk bersegi. Bahagian belakangnya juga diberi corong ‘diffuser’ bersaiz besar bagi menyerlahkan lagi gaya ‘sporty’-nya.

Perbandingan Dimensi
  Integra Civic (FE) Civic (FC)
Panjang (mm) 4,689 4,674 4,658
Lebar (mm) 1,802 1,802 1,800
Tinggi (mm) 1,415 1,415 1,415
Jarak Roda (mm) 2,735 2,735 2,700

Civic dengan nama baru – Honda Integra didebut di China, jangan kelirukan dengan Acura Integra! 05

Menurut laporan media China, GAC Honda merancang untuk melancarkan Integra khas untuk China ini secara rasmi sebelum akhir tahun 2021. Ikuti kami di Facebook WapCar – BM untuk berita lanjut lagi terkini.

Baca juga: Honda Integra berlegenda disahkan akan kembali pada tahun 2022, tapi untuk Amerika sahaja?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda