window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k!

Khairil ยท Sep 11, 2021 10:00 AM

COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k! 01

Jika anda warga Singapura dan ingin memiliki kenderaan di republik berkenaan, selain harga kenderaan berkenaan serta beberapa yuran lain, anda juga perlu membeli premium Sijil Hak Pemilikan Kenderaan (COE).

Dan berdasarkan laporan terbaharu media negara Seberang Tambak itu, premium COE dilaporkan terus meningkat dan bidaan terkini (8 September 2021) untuk motosikal berada pada paras tertinggi iaitu S$ 9,689 (RM 29,908).

COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k! 02

Sumber imej: Visordown

Ia mengatasi rekod sebelum ini iaitu S$ 9,500 (RM 29,324) yang dicatatkan pada bidaan lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dilaporkan, premium motosikal semakin meningkat sejak awal tahun ini dengan harga COE sekitar S$ 7,500 (RM 23,151) pada Januari dan Februari 2021.

COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k! 01

Sumber imej: The Straits Times

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini mengenai pelancaran Yamaha Sniper 155 2021 atau Yamaha Y16ZR di negara berkenaan pada Jun lalu, harganya adalah S$ 12,870 (RM 39,726) termasuk COE. Dan perlu diingat, ia bukanlah varian tertinggi untuk model berkenaan.

Justeru, harga motosikal itu ketika ini pastinya meningkat selaras dengan kenaikan kos COE.

Juga baca: Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR)

COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k! 02

Sumber grafik: Sgbikeparking

Sebagai info, COE mempunyai tempoh selama 5 tahun dan perlu diperbaharui dengan bayaran tambahan. Kenderaan tanpa COE ataupun COE tamat tempoh tidak layak digunakan di atas jalan dan boleh dilupuskan.

COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k! 03

Sumber imej: mothership.sg

Selain motosikal, premium COE untuk kereta juga dilaporkan turut meningkat. 

Bagi kereta dalam Kategori A, premiumnya meningkat kepada S $47,000 (RM 145,078) berbanding S$ 46,689 (RM 144,118). Situasi sama turut berlaku kepada kereta dalam Kategori B naik kepada S$ 62,600 (RM 193,232) berbanding S$ 61,001 (RM 188,281).

Sumber: Mediacorp

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda