window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

COE motosikal di S'pura terus 'menjulang' dan cecah RM 42k, sijil lagi mahal dari model termurah!

Khairil ยท Oct 30, 2022 06:00 PM

COE motosikal di S'pura terus 'menjulang' dan cecah RM 42k, sijil lagi mahal dari model termurah! 01

Sebagai negara kepulauan yang mempunyai jaringan jalan raya terhad, Singapura meletakkan syarat ketat untuk rakyatnya memiliki kenderaan peribadi dan tidak terkecuali, kenderaan 'marhaen' iaitu motosikal.

Antara syarat itu, selain harga kenderaan yang 'tak masuk akal' adalah untuk memiliki sesebuah kenderaan di Singapura, individu itu perlu mendapatkan Sijil Premium Hak Memiliki Kenderaan (COE).

COE motosikal di S'pura terus 'menjulang' dan cecah RM 42k, sijil lagi mahal dari model termurah! 02

Sumber imej: CarBuyer Singapore

Dan perkembangan terbaharu, harga yang dikenakan untuk mendapatkan COE motosikal baharu di negara itu kini adalah berjumlah 12,801 dolar Singapura (RM 42,882), angka yang direkodkan pada bulan ini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini bermakna harga untuk mendapatkan COE di Singapura ketika ini jauh lebih mahal daripada harga baharu beberapa model motosikal 'marhaen' terutama kapcai.

Juga baca: Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR)

COE motosikal di S'pura terus 'menjulang' dan cecah RM 42k, sijil lagi mahal dari model termurah! 01

Sumber imej: Tiq by Etiqa

Dan angka RM 42k itu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat adalah COE motosikal untuk tempoh 10 tahun, memetik sumber berita antarabangsa dan angka yang direkodkan itu adalah peningkatan sekitar 200 peratus sejak empat tahun lalu.

COE motosikal di S'pura terus 'menjulang' dan cecah RM 42k, sijil lagi mahal dari model termurah! 02

Sumber imej: CarBuyer Singapore

Sebagai info, Singapura mengawal pengeluaran COE untuk mengurangkan bilangan motosikal dan kereta di jalan rayanya. Setakat September lalu, bilangan motosikal di negara itu terhad kepada kira-kira 142,000 unit di jalanan selain 650,000 kereta secara keseluruhan. 

COE motosikal di S'pura terus 'menjulang' dan cecah RM 42k, sijil lagi mahal dari model termurah! 03

Sumber imej: MoneySmart blog

Apa yang pasti, lonjakan harga COE turut memberi kesan dan menurut Pensyarah sains politik di Universiti Pengurusan Singapura, Nathan Peng, situasi itu akan menjejaskan sektor pekerja penghantaran yang menggunakan motosikal murah di negara itu.

COE motosikal di S'pura terus 'menjulang' dan cecah RM 42k, sijil lagi mahal dari model termurah! 04

Sumber imej: Tiq by Etiqa

Sebagai perbandingan, harga baharu sebuah Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) di Singapura adalah 5.2k dolar Singapura (RM 17,675) tanpa COE.

Juga baca: COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda