window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus

Mersita · Nov 24, 2020 04:00 PM

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus 01

Kini, Mazda diangkat sebagai kereta paling berketahanan tinggi (‘reliable’) di AS – mengalahkan jaguh bertahan yang lebih tradisional seperti Toyota dan Lexus. Penilaian ini merujuk kepada 2020 Auto Reliability Surveys oleh Consumer Reports dimana mereka mengumpul data dari ahli-ahli mereka tentang pengalaman pemilikan keseluruhan yang membabitkan lebih daripada 300,000 kenderaan.

Buat julung kalinya, Mazda berada di tangga teratas – mengalahkan Toyota di tempat kedua dan Lexus di tempat ketiga.

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Consumer Reports berkata antara sebab-sebab Mazda mendapat skor yang lebih tinggi adalah kerana Mazda tidak membuat perubahan drastik terhadap model-model baharu mereka.

“Kunci kejayaan Mazda adalah mereka mereka semula model-model yang ada secara konservatif – dan mereka telah mengelak daripada memperkenalkan tren kuasa baru dan sistem-sistem infotainmen yang berisiko. Keseluruhan barisan kenderaan mereka mendapat manfaat daripada banyak platform-platform dan komponen-komponen yang dikongsi, dengan hanya perubahan kecil pada rekaan-semula,” kata Consumer Reports.

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus 01

Namun, Toyota masih lagi mendapat penilaian yang sangat tinggi – tak ada satu pun model Toyota yang dinilai lebih rendah dari tahap sederhana. Penilaian Lexus turun disebabkan oleh model flagship LS-nya. Selain dari itu, semua model Lexus mempunyai kebolehtahanan yang hebat sambil memberikan pengalaman pemilikan yang sangat menyenangkan kepada pemilik-pemiliknya.

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus 02

Pada tangga keempat pula ialah Buick, Honda kelima, dan pada tangga keenam pula ialah Hyundai. Honda HR-V ialah model Honda yang mendapat skor paling tinggi di kalangan model-model Honda yang lain dalam survey ini.

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus 03

Honda Insight, yang berkongsi tren kuasa yang sama dengan City RS e:HEV, terbukti sebagai kereta yang berketahanan agak tinggi

Yang menariknya, Insight hibrid – yang berkongsi tren kuasa yang sama dengan Honda City RS e:HEV kita, dan Clarity – yang boleh didapati samada sebagai hibrid ‘plug-in’ atau kenderaan elektrik ‘fuel cell’, juga dinilai pada tahap atas dari sederhana.

Kia pula diletakkan pada tempat ke-15. Jenama kereta yang dinilai paling rendah ialah Lincoln (tempat ke 26 iaitu yang terakhir) dan Tesla (tempat ke 25).

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus 04

Pemilik kenderaan jenama Eropah yang premium kekal berada pada tahap bawah sederhana dalam pengalaman pemilikan. Bagi jenama Eropah, Porsche berada pada tahap paling tinggi iaitu tempat ke-9.

Consumer Reports: Mazda lebih lasak daripada Toyota dan Lexus 05

BMW pula berada di tempat ke-12, Audi tempat ke-14, Volvo tempat ke-18, dan Mercedes-Benz tempat ke-20. Masalah biasa yang dilaporkan oleh pemilik-pemilik kereta berjenama premium termasuklah skrin infotainmen yang sering ‘stuck’ dan isu-isu lain berkaitan kelengkapan elektronik dalam kereta.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda