window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Convert' je! Bengkal India ubah Honda Civic jadi Lamborghini Aventador SVJ!

Haris · Jul 13, 2021 06:00 PM

'Convert' je! Bengkal India ubah Honda Civic jadi Lamborghini Aventador SVJ! 01

Kereta replika adalah salah satu industri yang sedang membangun di India. Terbaru, sebuah Lamborghini Aventador SVJ yang berharga €349,116 (RM 1,612,777) direka berdasarkan sebuah Honda Civic generasi ke-8 (tidak dijual di pasaran Malaysia).

'Convert' je! Bengkal India ubah Honda Civic jadi Lamborghini Aventador SVJ! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bengkel yang bertanggungjawab di atas replika ini adalah Dream Customs India. Mereka bukan pertama kali melakukan model replika seperti ini, malah sebelum ini pernah membuat replika Lamborghini Aventador biasa pada Honda Accord.

'Convert' je! Bengkal India ubah Honda Civic jadi Lamborghini Aventador SVJ! 01

Model Honda Civic Coupe FG yang dipercayai digunakan

Tugas-tugas yang dilakukan bukan sekadar mengubah rupa luar, malah rekaan dalaman juga diberikan sentuhan yang berinspirasikan Lamborghini Aventador SVJ. Tonton video yang dilakukan oleh kumpulan ini untuk menyaksikan sendiri.

Berdasarkan Honda Civic Si generasi ke-8 yang dijual di India, ia dikuasakan oleh enjin 4-silinder sebaris 2.0 liter VTEC yang menghasilkan 143 PS. Ini jauh daripada kuasa enjin Lamborghini Aventador SVJ sebenar iaitu enjin 12-silinder V12 6.5 liter yang mencecah sehingga 769 PS kuasa kuda.

'Convert' je! Bengkal India ubah Honda Civic jadi Lamborghini Aventador SVJ! 02

Kumpulan tersebut juga malah ada melakukan replika Harley Davidson berdasarkan model Royal Enfield. Pendek kata, apa sahaja ‘impian’ anda, Dream Customs India mampu merealisasikannya.

'Convert' je! Bengkal India ubah Honda Civic jadi Lamborghini Aventador SVJ! 03

Tugas-tugas mereplika Lamborghini tersebut hanya siap dalam masa 15 hari sahaja dan Dream Customs India sentiasa terbuka untuk sebarang tempahan. Apa pula perasaan anda selepas melihatnya dengan lebih dekat?

Bacaan Lanjut:

Lotus Emira buka tempahan di Malaysia, pelancaran Februari 2022!

Video: Perodua Myvi melanggar Myvi - benda boleh elak, kenapa langgar?

Nissan Skyline R34 GT-R pecah rekod jualan R34, terjual pada RM 2.3 juta dalam lelongan!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Lamborghini Aventador SVJ Roadster

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda