window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD

Faisal · Jul 6, 2021 12:00 PM

Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD 01

Setelah 52 tahun menghasilkan kereta Toyota secara lokal (CKD), UMW Toyota Motor (UMWT) kini mengumumkan hasrat mereka untuk ketengahkan lagi unsur mesra alam dengan penawaran model hibrid.

Juga bacaToyota Corolla Cross (CKD) disahkan UMW pada suku ke-2 2021, pelbagai hibrid menanti!

Inisiatif ini selari dengan komited Toyota untuk mencapai karbon sifar menjelang tahun 2050. Bagi merialisasikan hasrat ini, UMWT akan melabur sebanyak RM 270 juta untuk menyiapkan segala komponen yang berkait dengan produksi kereta hibrid di kilang Bukit Raja, Klang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD 01

Untuk maklumat anda, produksi besar-besaran buat kereta hibrid mampu meraih kepercayaan masyarakat secara meluas terhadap manfaat yang diberi oleh teknologi tersebut. Hal ini berkait rapat dengan kos penghasilan yang lebih rendah sekiranya ia dipasang secara lokal. Secara tidak langsung, harga yang bakal ditawarkan juga menjadi lebih menarik.

Usaha ini sebenarnya cukup signifikan dan bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam merubah industri Malaysia ke arah elektrifikasi.

Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD 02

Beberapa bulan yang lalu, Toyota Corolla Cross telahpun dilancarkan di Malaysia secara CBU. Disebabkan sambutan yang luar biasa, model CKD dirancang untuk beransur pada akhir tahun ini.

Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD 03

Corolla Cross spec Thailand turut ditawarkan dengan varian hibrid.

Dengan hasrat UMWT untuk memasang model hibrid secara besar-besaran, tidak mustahil sekiranya Corolla Cross Hybrid menjadi pelancaran model hibrid CKD pertama dalam inisiatif ini.

Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD 04

Toyota Camry Hybrid generasi terdahulu yang dipasang lokal.

Sebelum ini, usaha yang sama pernah diketengahkan pada Toyota Camry Hybrid, iaitu sekitar tahun 2015. Untuk itu, sama-sama kita nantikan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia