COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan!

Mersita · Jan 2, 2021 02:00 PM

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 01

Mula-mula sekali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016, Honda Civic generasi FC akan memasuki jangkahayat model 5 tahun-nya (yang terakhir). Tapi, jika dilihat pada Civic sekarang, ia masih nampak 'awet muda' walaupun ia diparkir di sebelah pesaingnya yang lebih muda seperti Toyota Corolla Altis, mahupun pesaing impotnya yang lebih mahal seperti Mazda 3 dan Hyundai Elantra.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 02

Pesaing dari Korea seperti Kia Cerato kini sudah tak nampak batang hidung manakala pesaing Eropah yang sudah sekian lama mengintai takhta ini sudahpun putus ada dan berlalu pergi – termasuklah Volkswagen Jetta dan Ford Focus.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 03

Walaupun pasaran sedan segmen C semakin mengecil, tapi Honda Civic nampak gayanya masih berdiri teguh. Pasaran mungkin semakin kecil kerana konsumer sudah beralih selera ke SUV, tapi Civic masih mendominasi pasaran yang masih ada dalam kategorinya.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 04

Walaupun setelah gambar-gambar Honda Civic 2021 generasi ke-11 yang serba baharu sudahpun dikeluarkan, minat terhadap Civic FC yang terkini masih lagi tidak pudar. Malah, ramai pembeli yang berkata mereka lebih gemarkan Civic generasi terkini yang dijual di pasaran berbanding model serba baharu itu nanti.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 05

Ini membuatkan ramai tertanya-tanya; apa yang membuatkan Civic teramatlah popular walaupun ia dianggap model lama?

Perlu diingatkan yang Civic jauh sekali dari tahap sempurna. Sama seperti kereta-kereta lain, Civic ada kekurangan dan kelebihannya.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 06

Enjin VTEC Turbo 1.5 liter mungkin tampak mengagumkan di atas kertas. Tapi, jika dipandu berselang-seli dengan Toyota Corolla Altis, jelas terlihat yang bukan saja Toyota boleh dikendalikan dengan lebih baik, peluncurannya juga jauh lebih selesa berbanding Civic.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 07

Bagi ruang kabin Civic pula, Mazda 3 mahupun Hyundai Elantra terbaru dilihat lebih cantik susun-aturnya, manakala pilihan material pula lebih bagus kualitinya berbanding Civic.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 08

Tapi, ini sajalah kekurangannya. Dengan Corolla Altis, anda membayar lebih untuk platform TNGA dan chassis yang sangat kompeten – itu saja. Apa yang terjadi dengan kepraktisan/kemudahan kabin Toyota yang kita kenali, kami pun tak pasti.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 09

Kami sukakan Mazda 3, tapi ia bukanlah kereta yang kami akan sarankan kepada semua pembeli melainkan pembeli tersebut hanya mahukan kereta itu untuk kepuasan diri sendiri. Mazda 3 bukanlah kereta keluarga, jauh sekali.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 10

Hyundai Elantra pula? Ia jauh lebih mahal berbanding Mazda 3 buatan Jepun. Dah tak perlu cakap banyak, hanya untuk ‘purists’ saja.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 11

Ford Focus yang dah lama tersingkir dari pasaran serta Volkswagen Jetta mempunyai pemanduan dan peluncuran yang bagus tapi jika dilihat pada pakej keseluruhannya, kedua-dua kereta ini tidak mampu bersaing dengan yang lain.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 12

Tahap kemudahan pemanduan dan praktikaliti Civic memang tiada tandingannya. Semua pembuat kereta harus belajar dari Honda dalam aspek bagaimana untuk mereka kawalan dalam kereta.

Civic ialah sebuah kereta yang anda boleh masuk dan pandu terus tanpa perlu membuang masa mencari-cari punat kawalan dan suis serta cara untuk mengaktifkannya.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 13

Fungsi kawalannya sangat intuitif dan model facelift terkini ini dibuat dengan lebih bagus. Kelajuan kipas penghawa dinginnya sudah tidak dikawal dari skrin sentuhnya, tapi melalui punat dan ini memudahkan anda untuk mengawalnya tanpa perlu melihat di mana punat itu diletakkan.

Penumpang juga dikelilingi oleh ruang simpanan yang cukup banyak – di sisi, hadapan, belakang – semuanya cukup untuk menyimpan barangan yang anda bawa.

2020 Honda Civic Facelift front bumper comparison

Perubahan yang dibuat pada model facelift baharu ini agak sedikit, hampir sama saja dengan model sebelum facelift, tapi yang menghairankan ialah Civic baharu kini terasa lebih bagus dari yang sebelumnya.

Setiap naiktaraf baharu yang dibuat menambah lagi pembaharuan pada Civic yang dinaiktaraf ini. Susun-atur kereta ini terasa lebih bagus, dan setiap bahagian kereta ini berfungsi dengan lebih baik bersama-sama dalam harmoni.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 15

Sebagai kereta harian, tiada sedan lain yang lebih mudah untuk dipandu daripada Civic. Model baharu ini diberi tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40, manakala varian lebih tinggi dilengkapi oleh ADAS Honda Sensing.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 16

Harga bagi Honda Civic (FC) 2020 dari segmen C ini bermula dari RM 109,326 sehingga RM 134,661, tanpa SST, harga sah sehingga 30 Jun 2021. Honda Civic 2020, bersama-sama beberapa model lain, disenaraikan dalam Pilihan Editor bagi Anugerah Kereta Terbaik tahun 2020 (COTY 2020) WapCar.

COTY 2020 – Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan! 17

UNDI DI SINI!

Anda sebagai pembaca pun boleh undi kereta kegemaran anda bagi anugerah Pilihan Pembaca! Klik di sini untuk buat undian anda dan dapatkan peluang untuk menang hadiah istimewa!

Komen

tradeInTool.upto20

2021 Honda Civic International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru