window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia!

Haris · Dec 18, 2020 10:00 AM

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 01

Undi di sini!

Hello and selamat datang ke Anugerah Kereta Terbaik Wapcar 2020. Kesemua model yang disenarai pendek ini telah pun diuji oleh barisan penulis kami. Tanpa berlengah, mari kita lihat barisan model yang telah dipilih.

Toyota Hilux Rogue 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 02

Bukan biasa-biasa, ini trak pikap varian paling tinggi oleh Toyota Hilux. Dijual pada harga RM 146,880, ia hadir dengan enjin 2.8 liter dengan suite keselamatan penuh Toyota Safety Suite.

2 ciri ini jarang diletakkan pada sebuat trak pikap, menjadikan Toyota Hilux Rogue pilihan utama kami sebagai kenderaan terbaik tahun 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CR-V 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 01

Honda CR-V varian TC-P paling atas dilengkapi dengan pacuan semua roda (AWD). Harganya juga lebih murah berbanding model terdahulu, menjadikan keseluruhan pakej lebih berbaloi untuk dimiliki.

Proton X70 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 02

Kurang harga dengan penambahan spesifikasi? Proton X70 versi CKD dilancarkan awal tahun ini kembali menjadi antara model yang memacu penjualan Proton tahun ini.

Selesa dan paling murah dalam kelasnya, Proton X70 tentu pesing terhebat untuk Kereta Terbaik Wapcar Tahun 2020.

Toyota RAV4 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 03

Ya, ia memang antara yang termahal tetapi tiada keluhan lain model ini selain harganya. Ia selesa, sedap dipandu dengan spesifikasi trenkuasa yang lancar. Ruang dalaman dan kualiti binaan CBU Jepun sememangnya tidak mengecewakan.

Toyota RAV4 2020 sememangnya layak disenaraikan sebagai salah satu Kereta Terbaik Wapcar Tahun 2020.

Honda Civic 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 04

Ramai yang terlepas pandang tawaran Honda Civic 2020 ini kerana reputasi jalanannya. Luas, praktikal, berkuasa, selesa dengan tambahan Honda Sensing menjadikan model ini antara model terlaris dalam pasaran sedan segmen C.

Ada yang mampu mengatasi Honda Civic dalam kelasnya?

Mitsubishi Xpander 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 05

Bukan selalu pasaran Malaysia hadir dengan kenderaan 7 penumpang yang sebagus ini. Enjin MIVEC, suspensi rali, ruang yang luas dan tempat duduk ketiga yang boleh memuatkan orang dewasa menjadikan Mitsubishi Xpander 2020 ini sebagai suatu pembaharuan dalam industri automotif Malaysia.

Volkswagen Passat R-Line 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 06

Antara model yang masih mengekalkan perasaan 'kereta conti' adalah Volkswagen Passat R-Line. Ciri-ciri premium seperti damper adaptif (DCC), differential elektronik (XDS) dan tempat duduk pemandu dengan 14 posisi pelarasan elektronik menjadikan model ini paling underrated setakat ini.

Kualiti pemanduan dan kendalian kereta ini memang antara yang terbaik dalam pasaran kereta conti; bermakna lambang R-Line yang diletakkan bukan sia-sia.

Honda Accord 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 07

Honda Accord 2020 generasi ke 10 ini bakal membuka mata anda terhadap Honda Accord. Kualiti pemanduan yang sangat tenang dengan saiz ruang kaki bahagian belakang adalah antara yang terbaik dalam pasaran sedan segmen D. 

Ia satu-satunya sedan segmen D yang dilengkapi dengan Adaptive Cruise Control dengan fungsi Low Speed Follow.

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 08

Luaran dan dalaman Mercedes-Benz C200 AMG Line 2020 (W205) sangat mewah. Trenkuasa juga telah diperbaharui dengan enjin 4 silinder 2.0 liter bercas Turbo (204 PS / 300 Nm). Kini, Mercedes-Benz C300 tidak lagi mempunyai pilihan suspensi Airmatic, menjadikan C200 sebagai pilihan yang lebih bernas.

Volvo S60 T8 R-Design 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 09

Jika anda ada duit sebanyak RM 295,888, tiada pembelian yang lebih berbaloi berbanding Volvo S60 T8 R-Design. Enjin hybrid yang senyap menjana sehingga 407 PS/640 Nm puncak kuasa dengan suite penuh ADAS dan fungsi Pilot Assist. Nak mewah dan kuasa macam mana lagi?

Honda City 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 10

Antara model yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, Honda City 2020 adalah sebuah model serba baharu dan bukan sekadar facelift.

Keseluruhan pakej Honda City 2020 mengesahkan komitmen Honda Malaysia dengan fungsi Android Auto dan Apple Carplay, Honda LaneWatch dan varian RS yang mengagumkan.

Nissan Almera 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 11

Satu-satunya sedan segmen B dengan AEB menjadikan Nissan Almera 2020 ini sebahagian daripada senarai kami.

Enjin 1.0 liter Turbo dan rekaan serba baru seolah-olah membawa Nissan Almera ke zaman kegemilangan Nissan/ 

Proton X50 2020

COTY 2020: Ini senarai pendek untuk Kereta Terbaik tahun 2020 di Malaysia! 12

Dengan 30,000 unit sudah ditempah dan giliran menunggu selama 6 bulan, tidak dinafikan bahawa Proton X50 berjaya membawa Proton ke pasaran yang lebih premium dalam gelanggang domestik.

Proton X50 mempunyai bacaan kuasa yang terbaik dalam kelasnya, transmisi terbaik dan fungsi parking automatik yang menjadikan model ini sangat-sangat berbaloi pada harga yang ditawarkan. Bayangkan, model yang berharga 4 kali ganda juga tidak mampu menawarkan fungsi parking automatik!

Jika anda mahu memenangi hadiah misteri sambil-sambil mengundi kereta yang anda rasakan layak, layari laman undian Wapcar kami.

Nyatakan kepada kami model yang anda rasakan patut menang?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda