window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi!

Mersita · Dec 26, 2020 06:00 PM

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 01

Jika dilihat pada trend industri automotif beberapa bulan lalu, kami perhatikan yang pasaran kita tak henti-henti menerima model-model segmen B baharu hampir setiap bulan. Walaupun ‘spotlight’ paling terang menyuluh pada Proton X50, Mitsubishi Xpander, Nissan Almera, dan Honda City, ada lagi beberapa model lain yang kurang menyerlah tapi cukup hebat sebenarnya.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 02

Segmen B ialah segmen kereta yang agak popular di Malaysia dengan pelbagai saiz dan rupa bentuk yang ditawarkan. Ia berjaya menarik perhatian ramai – dari graduan baru sehinggalah keluarga kecil yang sedang mencari kereta kedua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 01

Undi di sini!

Dalam entri kali ini, kami akan imbas semula kereta-kereta segmen B yang dilancarkan pada tahun 2020 dan kami akan bahagikannya dalam beberapa kategori. Ada senarai pendek model yang dipilih sendiri oleh kami dan anda juga boleh mengundi kereta kegemaran anda untuk Anugerah Kereta Terbaik tahun 2020 oleh WapCar di sini.

Sedan segmen B

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 02

Walaupun satu dunia melihat kematian perlahan kereta-kereta jenis sedan (boleh kami gelarkannya sedanpocalypse?), tapi keadaan dilihat sama saja di kalangan rakyat Malaysia. Kami sudah jangkakan pengenalan atau debut tempatan bagi Honda City serba baru dan juga Nissan Almera serba baru akan berlangsung tidak lama selepas ia diperkenalkan di Thailand tahun lepas.

Pada mulanya, ada yang ragu-ragu dua sedan popular ini akan ditangguh debutnya hingga 2021 disebabkan oleh pandemik yang melanda. Tapi, nasib baik perkara ini tidak terjadi.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 03

Honda City serba baru melangkah masuk ke pasaran dengan strategi pengiklanan yang mampu ‘trigger’ netizen seMalaysia, terutama sekali apabila mereka mengheboh-hebohkan janaan tork mereka yang tinggi (253 Nm secara spesifiknya) dari varian RS Hybrid.

Bercakap tentang RS, City berkuasa hibrid ini mengadakan debut globalnya di Malaysia tapi harga bagi varian City spesifikasi paling tinggi ini hanya akan diumumkan pada Januari 2021.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 04

Lengkapkan City anda dengan kit Modulo untuk rupa lebih mantap!

Bermula dari RM 74,191 (tanpa SST, sah sehingga 31 Disember 2020), City serba baru ini ialah sedan segmen B yang bukan jenama nasional paling murah di pasaran. Tapi, ini tidak bermaksud yang kelengkapannya kurang – ia cukup lengkap dengan perincian seperti salur penghawa dingin di belakang dan juga ruang kabin yang luas.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 05

Pasti anda akan rasa ini lebih lagi dari sekadar sedan segmen B, kan?

Jika anda lihat pada spesifikasi yang lebih tinggi pula, anda akan lihat yang ia didatangkan dengan kelengkapan hebat seperti Apple CarPlay dan Android Auto, kamera undur, Honda LaneWatch, dan juga Honda Sensing. Honda Sensing hanya boleh didapati pada model City RS.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 06

Oleh itu, agak selamat jika kami katakan yang Nissan Almera serba baru bukanlah lagi sedan segmen B yang paling berbaloi seperti modelnya yang terdahulu. Walaupun Almera terdahulu ada kekurangannya, harganya yang murah membuatkan ramai rakyat Malaysia tertarik dengannya.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 07

Walaubagaimanapun, dengan Almera serba baru ini, Nissan telah mengorbankan harga mampu-miliknya untuk melengkapi sedan ini dengan kelengkapan keselamatan, rupa bentuk yang cantik, dan macam-macam lagi. Enjinnya mungkin sudah dikecilkan dari 1.5 liter NA kepada 1.0 liter turbo, tapi Almera serba baru berjaya menebus dirinya sendiri dengan cemerlang.

Enjinnya kini lebih lancar, kotak gearnya sudah tidak begitu kekok, penggayaannya juga lebih mengancam, pemanduannya jadi lebih selesa, dan jangan dilupakan kelengkapan keselamatannya yang sudah dipertingkatkan.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 08

Harganya mungkin sudah meningkat agak tinggi, bermula dari RM 79,906 tanpa SST. Namun, setakat ini tiada lagi sedan segmen B yang lain yang ada menawarkan AEB sebagai standard bagi semua varian modelnya.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 09

Selain daripada City dan Almera serba baru, pasaran sedan segmen B juga menyaksikan pelancaran tempatan bagi Toyota Vios facelift. Berbeza dengan pesaingnya yang lain, perubahan pada Vios mungkin tidak begitu ketara (melainkan Vios GR-S), tapi ia telah diberi Toyota Safety Sense (TSS) sebagai suite ADASnya pada Vios varian atas.

Hatchback segmen B

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 10

Berbeza dengan sedan, pasaran hatchback segmen B senyap sedikit tanpa model baharu yang penting dilancarkan di sini. Kita cuma melihat beberapa naiktaraf dan facelift bagi hatchback sepanjang tahun ini.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 11

Bermula dengan Perodua Myvi, kereta paling laris di Malaysia ini diberi naiktaraf yang kecil tapi cukup penting iaitu penambahan A.S.A 2.0. Ini meletakkan Myvi pada tahap yang lebih tinggi – sama seperti barisan model Perodua yang lain (melainkan Alza).

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 12

Dengan penambahan A.S.A 2.0 pada Myvi, Pembrekan Pra-Perlanggaran (lebih dikenali sebagai AEB) yang ada pada Myvi didatangkan sekali dengan Pengesan Pejalan Kaki yang boleh berfungsi sehingga 50 km/jam. Tambahan pula, tahap kelajuan operasi bagi Amaran Pra-Perlanggaran serta Pembrekan Pra-Perlanggarannya dinaikkan kepada 100 km/jam dan 80 km/jam masing-masing.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 13

Bagi jenama lain pula, Mazda 2 Hatchback juga menerima facelift yang ringan-ringan saja. Facelift ini merangkumi G-Vectoring Plus (GVC Plus) yang dipertingkatkan ditambah pada Mazda 2. Ini berjaya meningkatkan keselesaan pemandu serta tahap kestabilan apabila dipandu di selekoh atau simpang.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 14

Ia merupakan hatchback segmen B yang paling laju, tapi pada masa yang sama, ia jugalah yang paling mahal dan paling tidak praktikal. Ia sememangnya untuk golongan setia Mazda atau ‘purists’ sahaja.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 15

Selain dari itu, kita juga dapat Toyota Yaris facelift yang dilancarkan bersama-sama dengan Vios facelift. Walaupun tiada varian GR-S yang sporty bagi si Yaris (GR Yaris dah tahap lain), Yaris facelift ini dapat jugalah suite ADAS TSS bagi varian tingginya.

Yaris masih lagi merangkul gelaran hatchback bukan jenama nasional yang paling laris. Tapi, adakah ini bakal berubah dengan kehadiran Honda City Hatchback yang akan tiba tahun hadapan?

SUV segmen B

Di dalam segmen yang didominasi oleh Honda HR-V, ada dua pencabar baru yang melangkah masuk untuk mencantas jualannya. Walaupun ada dua SUV yang dianggap model penting bagi tahun ini, salah satu daripadanya berjaya merebut perhatian semua dan membuatkan industri kita bergegar seketika dengan keterujaan.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 16

Pastinya kita tak boleh nafikan gelombang maha besar yang dibawa oleh Proton X50 di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah salah satu model yang paling besar ‘hype’nya dan yang penting, ia memang cukup hebat padan dengan popularitinya.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 17

Dari ruang dalamannya yang premium sehinggalah kelengkapan keselamatannya yang mendahului segmen ini, X50 pastinya menetapi semua jangkaan rakyat Malaysia yang mahukan sebuah crossover yang padan dengan personaliti mereka. Ia juga adalah sebuah crossover yang tangkas dengan peluncuran yang dipertingkatkan daripada Binyue, kereta asasnya.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 18

Pencabar seterusnya pula datang dari Korea. Walaupun agak lama menunggu, Hyundai Kona akhirnya dilancarkan di Malaysia pada tahun 2020. Kehadirannya tepat pada masanya apabila model faceliftnya diperkenalkan pada dunia.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 19

Namun, Kona masih lagi membawa satu kesegaran kepada segmen SUV segmen B tempatan dengan rekaan badannya yang menariknya. Tapi, ruang dalamannya tidak sehebat rupa bentuk luarannya kerana ia nampak agak konvensional tanpa keistimewaan yang ketara.

Kereta 7 tempat duduk segmen B

Kategori terakhir kami bagi pasaran segmen B ialah kereta 7 tempat duduk. Walaupun ini dianggap sebagai segmen yang kecil, kita menerima dua model baharu tahun ini iaitu Honda BR-V facelift dan juga Mitsubishi Xpander serba baru.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 20

Yang pertama sekali diperkenalkan ialah Honda BR-V. Faceliftnya menonjolkan perubahan yang agak sedikit, tapi perkara ini bukanlah satu isu besar. Jika dibandingkan dengan Mitsubishi Xpander dan Toyota Rush, kami dapati yang BR-V ialah kereta yang paling mudah untuk dipandu serta yang paling cekap minyak.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 21

Perkara ini mungkin disebabkan oleh platform yang digunapakai kereta ini yang juga membuatkannya lebih selesa bagi seisi keluarga. Tambahan pula, rupa bentuk SUVnya yang ‘rugged’ cukup padan bagi keluarga di Malaysia yang mahukan sebuah kenderaan berupakan SUV dengan kebolehan yang menyelesakan seperti kereta biasa.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 22

Kemudian, tiba pula si Mitsubishi Xpander yang membawa kelainan tersendiri kepada segmen 7 tempat duduk ini dengan rupa hadapan Dynamic Shield yang cukup ganas dan agresif. Tapi, walaupun rupanya bengis, ia cukup selesa bagi seisi keluarga.

COTY 2020: Kereta segmen B paling HOT di Malaysia – X50, Xpander, City, macam-macam lagi! 23

Bukan saja ia sebuah SUV crossover yang teramatlah praktikal, ia juga sangat selesa dan mudah untuk dipandu. Xpander mempunyai ‘turning circle’ yang kecil dan ini menyaingi Perodua Aruz (dan Toyota Rush) walaupun ia adalah pacuan roda hadapan berbanding si Aruz yang mempunyai tetapan pemanduan roda belakang.

Inilah dia – kereta-kereta segmen B yang dilancarkan sepanjang tahun 2020. Mana satu yang anda paling gemari? Jangan lupa untuk mengundi kereta kegemaran anda bagi tahun 2020 di sini!

Jika anda berminat dengan artikel-artikel Kereta Terbaik tahun 2020 yang lain, kami ada buat perbandingan antara Almera dan City dan juga senarai 5 kereta yang mengejutkan kami tahun ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda