window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix 2021 berjalan seperti jadual, misi rampas takhta kejuaraan dari Honda kini bermula!

Khairil · Mar 16, 2021 09:00 AM

Cub Prix 2021 berjalan seperti jadual, misi rampas takhta kejuaraan dari Honda kini bermula! 01

Berjalan seperti dijadualkan. Itulah berita baik buat peminat sukan permotoran tempatan apabila perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 sah kembali menggegar litar bermula hujung minggu ini.

Selepas penganjurannya pada musim ini berada dalam 'awangan' susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, berita pengesahan penganjurnya Safe Aim Mutual Sdn Bhd sudah menerima lampu hijau daripada pihak berkuasa jelas melegakan.

Cub Prix 2021 berjalan seperti jadual, misi rampas takhta kejuaraan dari Honda kini bermula! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Justeru, perlumbaan yang awalnya dijadualkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selatan pada 20 dan 21 Mac ini berjalan seperti dirancang.

“Bagi pihak warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan serta para pegawai MKN dan KKM yang telah banyak membantu memastikan musim 2021 bermula tepat pada jadual yang ditetapkan,” kata Pengarah, Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Cub Prix 2021 berjalan seperti jadual, misi rampas takhta kejuaraan dari Honda kini bermula! 01

“Pihak Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS serta MAM (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia) akan memastikan SOP gelembung sukan yang telah dipersetujui akan berjalan secara lancar untuk memastikan industri sukan akan terus berkembang.”

Cub Prix 2021 berjalan seperti jadual, misi rampas takhta kejuaraan dari Honda kini bermula! 02

Begitupun, berlaku sedikit perubahan jadual berbanding jadual sementara sebelum ini apabila pusingan kedua yang sebelum ini dijadual di Litar Lumba Tangkak pada 10 dan 11 April mengalami perubahan.

Venuenya kini diubah di Litar Sepang Utara dan tarikhnya dipercepatkan iaitu pada 3 dan 4 April 2021.

Cub Prix 2021 berjalan seperti jadual, misi rampas takhta kejuaraan dari Honda kini bermula! 03

Juara kelas perdana, CP150 musim lalu, Mohd Helmi Azman dari Honda.

Seperti jadual musim 2020, semua perlumbaan pada musim 2021 juga dianjurkan di litar tetap dan berdasarkan perkembangan semasa, penonton begitupun masih lagi tidak dibenarkan untuk hadir menyaksikan perlumbaan di litar.

Jadual perlumbaan Cub Prix 2021

Pusingan 1 - Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) 20-21 Mac

Pusingan 2 - Litar Antarabangsa Sepang (Utara) 3-4 April

Pusingan 3 - Litar Lumba Tangkak  22-23 Mei

Pusingan 4 - Litar Permotoran Terengganu 26-27 Jun

Pusingan 5 - Akan ditentukan* 9-10 Julai

Pusingan 6 - Litar Antarabangsa Sepang (Utara) 7-8 Ogos

Pusingan 7 - Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) 4-5 September

Pusingan 8 - Litar Permotoran Terengganu 9-10 Oktober

Pusingan 9 - Akan ditentukan* 13-14 November

Pusingan 10 - Litar Antarabangsa Sepang (Utara) 18-19 Disember

Sumber imej: Malaysian Cub Prix

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda