window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix 2022: Yamaha sapu bersih pusingan 4 di Terengganu, giliran Kasma menang saingan kelas elit!

Khairil · Jun 27, 2022 03:30 PM

 

Cub Prix 2022: Yamaha sapu bersih pusingan 4 di Terengganu, giliran Kasma menang saingan kelas elit! 01

Ketiga-tiga kedudukan podium kelas elit, CP150 perlumbaan pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Terengganu, minggu lalu didominasi jentera Yamaha dengan Kasma Daniel Kasmayudin paling cemerlang dinobat selaku juara.

Selepas tidak mencatatkan sebarang mata dalam dua pusingan sebelum ini, Kasma yang memulakan perlumbaan di petak ketiga jelas tidak mahu terburu-buru sebelum menyambar kemenangan di pusingan terakhir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cub Prix 2022: Yamaha sapu bersih pusingan 4 di Terengganu, giliran Kasma menang saingan kelas elit! 01

Kasma Daniel Kasmayudin

Mengikuti Kasma di podium selaku naib juara adalah rakan sepasukannya dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Md Bahauddin yang juga pemenang pusingan ketiga.

Melengkapkan kedudukan podium di Litar Permotoran Terengganu adalah seorang lagi pelumba Yamaha yang juga pendahulu kejuaraan, Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing.

Juga baca: Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang!

Cub Prix 2022: Yamaha sapu bersih pusingan 4 di Terengganu, giliran Kasma menang saingan kelas elit! 02

Menyifatkan Litar Permotoran Terengganu tidak begitu teknikal, Kasma yang juga bekas pelumba negara yang pernah beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia (Moto2) berkata strateginya adalah untuk sentiasa berada di kelompok tiga terbaik ketika perlumbaan.

"Pada lap terakhir, saya mendapat peluang untuk berada di kedudukan pertama dan saya terus mengambilnya," kata Kasma yang dibezakan dengan 0.421 saat di depan Nazirul.

Cub Prix 2022: Yamaha sapu bersih pusingan 4 di Terengganu, giliran Kasma menang saingan kelas elit! 03

Podium kelas CP150

Yamaha turut menguasai kelas CP125 dengan pelumba pasukan YY Pang Yamaha Racing, Md Fareez Afeez Abd Rahman muncul sebagai pemenang selepas cemerlang memulakan perlumbaan di petak utama.

Cub Prix 2022: Yamaha sapu bersih pusingan 4 di Terengganu, giliran Kasma menang saingan kelas elit! 04

Podium kelas CP125

Honda berjaya meraih kedudukan naib juara kelas berkenaan menerusi pelumba pasukan Honda KC Racing, Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing dan melengkapkan kedudukan podium seorang lagi pelumba Yamaha, Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor).

Juga baca: Kalendar Cub Prix 2022 diumum, litar tetap jadi gelanggang pilihan!

Cub Prix 2022: Yamaha sapu bersih pusingan 4 di Terengganu, giliran Kasma menang saingan kelas elit! 05

Podium kelas Wira KBS

Di kelas Wira KBS, kejuaraan terus didominasi jentera Yamaha dengan ketiga-tiga kedudukan podium disapu bersih pelumba Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing dengan kejuaraan menjari milik Md Danish Aiman Zamrul.

Tempat kedua menjadi milik Md Adam Haikal Jahar dan kedudukan terakhir podium berjaya disambar Md Syamil Amysar Md Iffende. 

Keputusan pusingan 4 Cub Prix 2022

CP150

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor
  2. Nazirul Izzat Md Bahauddin (Yamaha) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor
  3. Ahmad Afif Amran (Yamaha) Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing 

CP125

  1. Md Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha) YY Pang Yamaha Racing Team
  2. Md Haziq Md Hamdan (Honda) Honda KC Racing 
  3. Md Syafiq Rosli (Yamaha) Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor

Wira KBS 

  1. Md Danish Aiman Zamrul (Yamaha) Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing
  2. Md Adam Haikal Jahar (Yamaha) Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing
  3. Md Syamil Amsyar Md Iffende (Yamaha) Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda