window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang!

Khairil ยท Mar 14, 2022 11:30 AM

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang! 01

Kem Yamaha tampak seperti tidak tergugat dengan kehadiran 'orang baharu' iaitu Honda RS-X di Kejuaraan Cub Prix 2022 apabila mendominasi saingan pembuka tirai kelas elit CP150 di Litar Sepang Utara, semalam.

Terus mempertaruhkan jentera Yamaha Y15ZR, kemenangan menjadi milik Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing yang turut mengakhiri saingan dengan keputusan 1-2 menerusi seorang lagi pelumbanya Mohd Izzat Zaidi Salehan.

Juga baca: Kalendar Cub Prix 2022 diumum, litar tetap jadi gelanggang pilihan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang! 01

Afif (no 50) dan Izzat (98) ketika melintasi garisan penamat

Yamaha melengkapkan kedudukan podium perlumbaan kelas perdana itu dengan cukup bergaya apabila Mohd Haziq Md Fairues (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor Team) melepasi garisan penamat di kedudukan ketiga.

Lebih istimewa buat Afif, kemenangannya di Sepang boleh dianggap sebagai hadiah buatnya yang baru saja menimang cahaya mata.

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang! 02

“Ini adalah permulaan yang amat baik untuk pasukan saya. Saya amat berterima kasih kepada kru pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing yang bekerja keras sejak akhir tahun lalu demi menghasilkan perlumbaan yang baik di pusingan pertama,” kata Afif.
 
Afif yang memulakan perlumbaan di petak pertama tampil dengan persembahan menakjubkan dengan melintasi garisan penamat dengan catatan 14 minit 32.412 saat dengan Izzat merakamkan catatan 14’32.435s dengan Haziq 14’32.455s.

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang! 03

Bukan saja menampilkan 'taring' di kelas CP150, Yamaha turut menyapu bersih kemenangan dalam kelas CP125. 

Juga baca: Cub Prix: 'Tonik' buat Azroy Hakeem, juara bertahan guna Honda RS-X bagi kempen 2022

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang! 04

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, Mohd Hafiza Rofa melintasi garisan penamat sebagai juara dengan rakan sepasukannya, Mohd Syafiq Rasol di tangga kedua. Tempat ketiga menjadi milik Mohd Syafiq Rosli dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor Racing.

Catatan dilakukan Hafiza Rofa adalah 11’20.624s, Syafiq Rasol (11’20.696s) dan Syafiq Rosli dengan catatan 11’20.696s.

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang! 05

Situasi sama turut berlaku dalam kategori Wira KBS pula dengan pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing sekali lagi menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan podium pusingan pertama musim 2022 menerusi pelumbanya Mohd Syamil Amysar Mohd Iffende, Mohd Danish Aiman Zamrul dan Mohd Adam Haikal Jahar.

Cub Prix 2022: Yamaha 'tapau' kemenangan aksi pembuka tirai di Sepang! 06

Saingan Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix akan berehat seketika untuk menghormati bulan Ramadan dan Syawal dengan perlumbaan pusingan 2 dijadual berlangsung di Litar Lumba Tangkak pada 14 dan 15 Mei depan.

Juga baca: Cub Prix 2021: Azroy Hakeem pastikan kejuaraan CP150 kekal milik Honda!

Keputusan Pusingan 1 Cub Prix 2022

CP150

  1. Ahmad Afif Amran (Yamaha) Petronas Srprinta Yamaha - CKJ Racing, 14:32.412
  2. Md Izzat Zaidi Md Salehan (Yamaha) Petronas Srprinta Yamaha - CKJ Racing, + 0.023s
  3. Md Haziq Md Fairues (Yamaha) Petronas Yamaha Maju Motor, + 0.043s

CP125

  1. Md Hafiza Rofa (Yamaha) ONEXOX TKKR Racing Team, 11:20.624s
  2. Md Shafiq Rasol (Yamaha) ONEXOX TKKR Racing Team, + 0.037s
  3. Md Syafiq Rosli (Yamaha) Petronas Yamaha Maju Motor, + 0.072s

Wira

  1. Md Syamil Amsyar Md Iffende (Yamaha) Petronas Srprinta Yamaha - 31 Racing, 7:13.921s Md Danish Aiman Zamrul (Yamaha) Petronas Srprinta Yamaha - 31 Racing, + 4.826s
  2. Md Adam Haikal Jahar (Yamaha) Petronas Srprinta Yamaha - 31 Racing, + 4.861s

*Kedudukan podium sahaja

Sumber imej: Malaysia Cub Prix
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda