window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang!

Khairil ยท May 29, 2023 03:00 PM

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 01

Seperti ingin membuktikan sesuatu, Yamaha menguasai ketiga-tiga kedudukan podium perlumbaan kelas elit, CP150 pada pusingan tiga Kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia (Cub Prix) 2023 yang dimenangi pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha โ€“ CKJ Racing, Md Akid Aziz.

Berlangsung di Jasin, Melaka, pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu sememangnya memburu kemenangan apabila turut menguasai sesi 'Super pole' dan memulakan perlumbaan di petak utama.

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 02

Akid Aziz

Memanfaatkan kelebihan yang diperoleh, Akid tidak lagi menoleh ke belakang dan memimpin perlumbaan sejak selekoh pertama yang menyaksikan dua lagi kedudukan podium menjadi buruan membabitkan pelumba Yamaha dan Honda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan ketika Akid selesa melepasi garisan penamat dengan catatan 16 minit 27:295 saat, rakan sepasukannya Ahmad Afif Amran meraih tangga kedua. Melengkapkan podium seorang lagi pelumba Yamaha, Kasma Daniel Kasmayuddin dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor.

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 01

Mengulas prestasinya di Melaka, Akid berkata jenteranya berada dalam keadaan yang amat bagus kerana pasukannya sudah berusaha keras untuk mencari pelarasan yang terbaik untuk perlumbaan. 

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 02

Akid Aziz

"Sepanjang hujung minggu ini, saya sudah cuba untuk mempertingkatkan prestasi dengan masa lap yang lebih baik. Walaupun kami ada kekurangan, kami masih berjaya di tempat teratas," katanya.

Sementara itu, Yamaha turut menakluk kelas CP125 yang dimenangi pelumba pasukan Rexxo Racing Team Yamaha, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff.

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 03

Begitupun, tempat kedua berjaya disambar kem Honda menerusi Md Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing manakala pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing, Md Khairi Asyraf Mahmood ketiga.

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 04

Ahmad Syukran Aizat

Menurut Syukran, kemenangan di Melaka didedikasi kepada bosnya. "Jentera saya untuk pusingan ini memang pada tahap optimum dan saya amat berterima kasih kepada krew dan pasukan," katanya.

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 05

Sementara itu, Emil Idzhar Ezuan dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing memenangi kategori Wira KBS diikuti rakan sepasukannya, Amirun Haziq Johan.

Cub Prix 2023: Geng Yamaha kuasai podium di Jasin, Akid paling cemerlang! 06

Emil Idzhar Ezuan

Tempat ketiga menjadi milik Md Al Syakir Zufayri Md Al Amirul Zaki juga dari pasukan Petronas Srinta Yamaha - 31 Racing.
 
Senarai pemenang podium pusingan 3 Cub Prix 2023 di Jasin

CP150

  1. Md Akid Aziz (Petronas Sprinta Yamaha CKJ-Racing), 16 minit 27.295 saat (s)
  2. Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha CKJ-Racing), 16:29.146s 
  3. Kasma Daniel Kasmayudin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor), 16:34.369s 

CP125

  1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Rexxo Racing Team), 13:16.448s 
  2. Md Irfan Haykhal Amidi (Bad Lab Honda KC Racing), 13:17.079s 
  3. Md Khairi Asyraf Mahmood (Jetron Yamaha YYPang Racing), 13:18.386s 

Wira KBS

  1. Emil Idzhar Ezuan (Yamaha Estremo 27 Racing), 10:42.453s 
  2. Amirun Haziq Johan (Petronas SprintaYamaha - 31 Racing), 10:43.876s 
  3. Md Al Syakir Zufayri Md Al Amirul Zaki (Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing), 10:50.909s

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda