Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu

Khairil · Dec 25, 2020 04:00 PM

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 01

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2020 menutup tirainya yang menobatkan Mohd Helmi Azman, Mohd Syafiq Rosli dan Rahimi Nabil Razu masing-masing sebagai juara keseluruhan kelas CP150, CP125 dan Wira KBS.

Pada perlumbaan Pusingan 8 yang juga pusingan terakhir di Litar Sepang Utara, semalam, persaingan kelas perdana CP150 terarah kepada dua pelumba Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Yuzy Honda Racing).

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 02

Bermula di bahagian depan, ia begitupun tidak memberikan sebarang kelebihan apabila kedua-dua pelumba Honda itu sebelum mereka menggunakan strategi yang berbeza.

Tidak seperti Helmi yang lebih berhati-hati, Azroy mengekalkan persembahan konsisten di kedudukan lima pelumba teratas pada awal perlumbaan sebelum masing-masing mengorak langkah pada beberapa pusingan terakhir.

Selepas bendera penamat dikibarkan pada pusingan ke-11, perlumbaan dimenangi pelumba pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Mohd Khairul Ikhwan Ajis diikuti Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) dan Azroy melengkapkan kedudukan podium.

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 01

Begitupun, keputusan itu tidak mencukupi untuk Azroy mengucup kejuaraan CP150 sekali pun Helmi menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

Lebih menggembirakan, ini kali pertama gelaran juara kategori perdana CP150 dimenangi oleh pasukan Honda sejak kategori CP150 diperkenalkan pada musim 2017.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama pasukan Hi Rev SCK Honda Racing sejak musim 2012.

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 02

“Saya begitu berterima kasih kepada pasukan, kru mekanik, keluarga dan penaja. Perlumbaan akhir ini agak sengit kerana saya dengan Azroy masing-masing fikirkan hal kejuaraan.

"Saya sebenarnya agak kecewa dengan keputusan dari pusingan penutup tirai ini kerana saya sebenarnya mensasarkan kedudukan podium.Tetapi, saya dihimpit di garisan penamat pada saat-saat terakhir dan terpaksa akur di tempat kelima,” kata Helmi yang berjaya merangkul 143 mata kejuaraan di tangga teratas CP150.

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 03

Di samping itu, pasukan Hi Rev SCK Honda Racing turut menjulang gelaran keseluruhan berpasukan CP150 dengan mengutip 192 mata kejuaraan.

Azroy Hakeem Anuar menamatkan musim 2020 selaku naib juara keseluruhan manakala Mohd Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Team menduduki tangga ketiga.

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 04

Sementara itu, Mohd Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha-Maju Motor) menafikan persaingan Mohd Shafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team) dan Mohd Adib Rosley (IPONE Yamaha YY Pang Racing) untuk merampas gelaran keseluruhan CP125.

Kejayaan itu dapat dicapai Syafiq Rosli walaupun dia hanya menamatkan perlumbaan penutup tirai di tempat kelima.

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 05

Perlumbaan Pusingan 8 jelas mengecewakan buat Shafiq Rasol apabila dia hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-15 manakala Adib Rosley di tangga ketujuh.

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 06

Pusingan terakhir CP125 musim 2020 dimenangi Mohd Khairi Asyraf Mahmood dari pasukan IPONE Yamaha YY Pang Racing Team diikuti rakan sepasukannya, Mohd Fareez Afeez Abd Rahman di tempat kedua dan Mohd Hafiza Rofa menduduki tempat ketiga.

Cub Prix: Kejuaraan musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu 07

Dalam kategori Wira KBS pula, Rahimi Nabil Razu dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing berjaya merampas gelaran juara dengan kemenangan keempatnya musim ini.

Kedudukan keseluruhan Cub Prix musim 2020

CP150

1. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 143 mata

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) 136 mata

3. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) 81 mata

CP125

1. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 117 mata

2. Mohd Adib Rosley (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team)  113 mata

3. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) 108 mata

WIRA KBS

1. Rahimi Nabil Razu (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) 168 mata

2. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha, ONEXOX SAG Team) 137 mata

3. Mohd Izzat Mohd Raduan (Yamaha, ONEXOX SAG Team) 88 mata

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru