window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix: Pusingan 7 milik Helmi, persaingan makin mendebarkan

Khairil ยท Dec 23, 2020 09:30 PM

Cub Prix: Pusingan 7 milik Helmi, persaingan makin mendebarkan 01

Perebutan takhta Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 makin mendebarkan apabila pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Mohd Helmi Azman mengambil alih kedudukan pendahulu kelas CP150 susulan kemenangan pada Pusingan 7, hari ini.

Lebih mendebarkan, pemenangan yang diraih pelumba Honda di Litar Sepang Utara itu diperoleh dalam keadaan mencabar susulan keadaan hujan lebat yang turun di pertengahan persaingan sepanjang 11 pusingan perlumbaan.

Cub Prix: Pusingan 7 milik Helmi, persaingan makin mendebarkan 02

Pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Mohd Helmi Azman

Persaingan sengit antara 15 pelumba dalam kelompok hadapan menyaksikan kedudukan pendahulu saling bertukar tangan sebelum Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing terjatuh pada pusingan terakhir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Insiden itu memberi ruang kepada Helmi untuk memecut ke garisan penamat, diikuti rapat oleh Mohd Affendi Rosli yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing.

Ia adalah kemenangan keempat buat Helmi pada musim ini dan dilakukan dengan catatan masa 16 minit 00.716 saat.

Cub Prix: Pusingan 7 milik Helmi, persaingan makin mendebarkan 01

Pelumba berpengalaman, Affendi Rosli meraih podium pertamanya musim ini dengan catatan masa 16 minit 00.733 saat. Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba IPONE Yamaha YY Pang Racing Team, Mohd Izzat Zaidi Salehan dengan catatan masa 16 minit 03.808 saat.

Pelumbaan penutup musim yang juga saingan Pusingan 8 akan berlangsung esok.

“Keadaan litar pada perlumbaan tadi memang mencabar dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Berbekalkan pengalaman saya di litar Sepang ini, saya cuma menumpukan perhatian sepenuhnya agar tidak ‘terperangkap’ terutamanya di selekoh-selekoh yang licin dan rumit,” kata Helmi.

Kemenangan ini turut memberikan kelebihan kepada Helmi dalam buruan takhta juara CP150 musim 2020. Pesaing terdekatnya, Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan Pusingan 7 di tempat keempat. Jurang antara Helmi dan Azroy di tangga kejuaraan kini adalah sebanyak 12 mata.

Berbekalkan 132 mata di kedudukan teratas CP150, Helmi hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi keputusan podium dari perlumbaan penutup tirai Pusingan 8, esok untuk menjulang gelaran keseluruhan musim ini.

“Saya tidak mahu banyak memikirkan tentang mata kejuaraan. Saya begitu yakin dengan jentera yang disediakan oleh pasukan Hi Rev SCK Honda Racing dan hanya mahu menamatkan perlumbaan terakhir nanti di posisi yang terbaik,” katanya.

Drama dua pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut berlarutan dalam kategori CP125 di mana kelebihan mata yang dimiliki Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor lesap dalam sekelip mata apabila pelumba Yamaha itu terjatuh pada Pusingan 7.

Cub Prix: Pusingan 7 milik Helmi, persaingan makin mendebarkan 02

Pelumba pasukan IPONE Yamaha YY Pang Racing, Mohd Adib Rosley.

Perlumbaan CP125 akhir Pusingan 7 dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan IPONE Yamaha YY Pang Racing Team dengan catatan masa 9’02.205s. 

Pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Shafiq Rasol menaiki podium kedua dengan catatan masa 9’02.276s disusuli Mohd Aiman Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing dengan 9’02.332s.

 

Cub Prix: Pusingan 7 milik Helmi, persaingan makin mendebarkan 03

Dalam perlumbaan penutup tirai Pusingan 8 nanti, seramai tiga pelumba yang berpeluang untuk memenangi gelaran juara CP125.

Mohd Shafiq Rasol kini mendahului dengan 107 mata manakala Mohd Syafiq Rosli jatuh ke tangga kedua dengan 106 mata dan Mohd Adib Rosley berjaya merapatkan jurang dan kini berada di tangga ketiga dengan 104 mata.

Keputusan Pusingan 7

CP150

1. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 15’00.716s

2. Mohd Affendi Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) 15’00.733s

3. Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing) 15’03.808s

4. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) 15’04.047s

5. Mohd Haziq Mohd Fairues (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 15’04.088s

CP125

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) 9’02.205s

2. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) 9’02.276s

3. Mohd Aiman Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 9’02.332s

4. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) 9’03.156s

5. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) 9’04.396s

Kedudukan keseluruhan

CP150

1. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 132 mata

2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) 120 mata

3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) 70 mata

4. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) 68 mata

5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, AHM Motorsports Yamaha Racing) 52 mata

CP125

1. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) 107 mata

2. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 106 mata

3. Mohd Adib Rosley (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) 104 mata

4. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) 73 mata

5. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) 72 mata

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda