window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan!

Khairil ยท Dec 5, 2022 10:00 AM

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 01

Kempen Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2022 menutup tirainya yang menyaksikan juara keseluruhan tahun lalu dari Honda, Azroy Hakeem Anuar dinobatkan sebagai pemenang perlumbaan terakhir kelas elit CP150 di litar Stadium Batu Kawan, semalam.

Begitupun, kemenangan Azroy dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team disahkan selepas pemenang perlumbaan, Akid Aziz dari pasukan OneXOX TKKR Racing Team dibatalkan susulan isu teknikal selepas perlumbaan.

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 02

Podium di Batu Kawan sebelum kemenangan Akid (tengah) dibatalkan

Untuk Azroy, ia adalah kemenangan kedua berturut-turut untuknya musim ini selepas turut memenangi perlumbaan pusingan ke-10 di Sepang, bulan lalu, lokasi yang menobatkan Ahmad Afif Amran Petronas Sprinta Yamaha โ€“ CKJ Racing sebagai juara keseluruhan CP150.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 01

Afif Amran

Agak malang buat Afif, dia tidak menamatkan perlumbaan di Batu Kawan dengan keputusan turut menyaksikan kem Honda menguasi podium selepas Md Helmi Azman Honda (SCK Honda Racing) turut menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 02

Azroy Hakeem

Tempat kedua di Batu Kawan menjadi milik jaguh Yamaha, Kasma Daniel Kasmayudin (Petronas Yamaha Maju Motor). Kemenangan Azroy dalam pada itu turut mengesahkan kedudukannya sebagai naib juara keseluruhan kelas CP150.

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 03

Dalam kelas CP125, Md Syafiq Rosli Yamaha dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor merangkul kemenangan di P.Pinang diikuti 'duo' pasukan OneXOX TKKR Racing Team termasuk juara keseluruhan, Md Shafiq Rasol dan Md Hafiza Rofa.

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 04

Dua kedudukan podium yang diraih Shafiq dan Hafiza turut menyaksikan pasukan OneXOX TKKR Racing Team merangkul gelaran keseluruhan kategori pasukan kelas CP125.

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 05

Sementara itu dalam kelas Wira KBS, Md Syamil Amsyar Md Iffende dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing merangkul kemenangan di Batu Kawan diikuti pelumba Honda KC Racing, Md Farish Iqmal Khayrul Elyas.

Cub Prix 'tutup buku' 2022 dengan kejayaan Azroy (Honda) di Batu Kawan, sahkan kedudukan kedua keseluruhan! 06

Juara keseluruhan setiap kategori termasuk kelas Pro Am Cup 2022 dan One Make Race.

Juara keseluruhan kelas Wira KBS bagi musim ini, Md Adam Haikal Jahar juga dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing melengkapkan kedudukan podium.

Juara keseluruhan Cub Prix 2022 (Pelumba)

  • CP150 - Ahmad Afif Amran (Terengganu) Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing, 157 mata
  • CP125 - Md Shafiq Rasol (Melaka) OneXOX TKKR Racing Team, 179 mata
  • Wira KBS - Md Adam Haikal Jahar (Johor) Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing, 193 mata

Juara keseluruhan Cub Prix 2022 (Pasukan)

  • CP150 - Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, 301 mata
  • CP125 - OneXOX TKKR Racing Team, 312 mata

Juga baca: Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda