window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang!

Khairil ยท Dec 8, 2021 08:30 PM

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 01

Tular baru-baru ini mengenai gelagat marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi di Port Dickson yang lagak mereka bagaikan polis. Ia mencetus amarah orang awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga pantas mengambil tindakan.

Apa yang mencetus amarah orang ramai adalah tindakan mereka yang sesuka hati mengarahkan kenderaan awam untuk memperlahankan atau berhenti bagi memberi laluan kepada konvoi yang sedang mereka kawal.

Juga baca: Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 01

Dan tak sampai sehari video menjengkelkan itu tular, marshal yang terbabit dalam adegan berkenaan tampil menyerah diri dan ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Seperti terkesan dengan isu berkenaan atau sebagai cubaan untuk mempertahankan kumpulan berkenaan, seorang penaung kelab motosikal berkuasa tinggi tampil menyuarakan pandangannya.

Juga baca: Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar 'Datuk'!

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 02

Marshal yang tular di PD tampil menyerah diri kepada polis

Memetik laporan Utusan Malaysia, penaung kelab motosikal berkuasa tinggi Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir menjelaskan isu ketua konvoi mengarahkan pengguna jalan raya lain berhenti adalah terpencil.

Sebelum itu katanya, marshal dan ketua konvoi bermotosikal adalah dua perkara berbeza dengan marshal hanya akan berfungsi sepenuhnya apabila diiringi oleh polis dan berperanan sebagai pembantu anggota keselamatan yang mengiringi untuk melancarkan laluan trafik semasa aktiviti berkonvoi. 

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 03

Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir. Sumber imej - Utusan Malaysia

Manakala untuk ketua konvoi pula, ia tidak perlu melibatkan anggota polis dan peranan utamanya bagi memastikan keselamatan konvoi yang dibawa.

Malah jika berlaku, ia hanya melibatkan situasi tertentu contohnya konvoi hendak keluar simpang.

Juga baca: Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai!

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 04

Dan lebih menarik, situasi sedemikian dibandingkan dengan lori di kawasan pembinaan yang menyaksikan ada ada individu menahan kenderaan lain berhenti bagi memberi laluan. 

Berikut adalah kata-katanya:

“Jadi kenapa lori hendak keluar simpang boleh orang tahan bagi lori itu mengundur dulu, kenapa isu tidak timbul? tapi apabila motosikal berkuasa tinggi jadi masalah dan tular. Sebenarnya, apa kita buat untuk kebaikan bersama seluruh pengguna jalan raya, kita hendak elak kemalangan. 

“Jadi kita jangan letak kesalahan itu pada tugasan marshal, sebab marshal memang tidak boleh tahan kenderaan, itu kita faham, tapi semasa kejadian kita bukan jalankan tugas marshal, sebagai penunggang motosikal kita mahukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya, jangan anggap bila buat begitu marshal. 

“Ini kerana pergerakan kita (motosikal berkuasa tinggi) beberapa saat sahaja boleh sampai ke destinasi. Kadang-kadang orang keluar simpang ingat masih jauh dan sempat, ini boleh membahayakan kita semua,” katanya.

"Cukup-cukuplah mencipta isu, kita seharusnya bersama-sama menjaga keharmonian supaya tiada pembuli jalan raya dan mengelakkan situasi yang boleh menjejaskan pengguna jalan raya.

“Bak kata pepatah, kita dua roda dihimpit pun kita jatuh, menghimpit pun kita jatuh. Tiada niat hendak berlagak daripada setiap tindakan dilakukan, sebaliknya hanya mahu pastikan semua pengguna jalan raya selamat."

Begitupun, rata-rata pengguna media sosial berang dan tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan Zuhairi.

Juga baca: Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang!

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 05

Kuasa mengarah, melencong kenderaan awam hanya terletak kepada pihak berkuasa terutama polis

Dan ada yang pelik bagaimana individu berpangkat sepertinya menyamakan situasi membabitkan lori dan konvoi motosikal berkuasa besar kerana ia jelas berbeza.

Berikut adalah sebahagian daripada komen netizen yang diambil daripada laman FB Utusan Malaysia. Anda sendiri nilaikan.

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 06

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 07

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 08

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 09

Cubaan 'bekap' marshal konvoi motosikal besar lagak polis, netizen tambah bengang! 10

Juga baca: Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda