window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cubaan lepas ‘border’ Malaysia-Singapura di Tuas gagal, kereta tersekat di lorong motosikal

Faisal · Apr 9, 2022 10:00 AM

Cubaan lepas ‘border’ Malaysia-Singapura di Tuas gagal, kereta tersekat di lorong motosikal 01

Kredit foto: Immigration & Checkpoints Authority.

Awal pagi semalam, berlakunya satu insiden yang mengejutkan di Pusat Pemeriksaan Tuas apabila sebuah Ford Focus dengan nombor pendaftaran Malaysia yang dipandu lelaki berwarganegara Singapura berjaya mengelak pemeriksaan di balai pelepasan Kompleks Sultan Abu Bakar, Malaysia lalu memecut ke arah Singapura dan dikejar oleh Polis Trafik Malaysia.

Cubaan lepas ‘border’ Malaysia-Singapura di Tuas gagal, kereta tersekat di lorong motosikal 02

Namun begitu, suspek cuba lagi meloloskan diri melalui lorong pelepasan motosikal automatik tetapi tindakannya gagal setelah keretanya merempuh kaunter kerana tidak muat. Pemandu tersebut telah ditahan penguatkuasa tetapi akibat rempuhan tersebut, seorang pegawai Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengalami luka pada buku lali kanannya.

Ekoran kejadian ini, penggera diaktifkan dan pusat pemeriksaan ditutup serta-merta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cubaan lepas ‘border’ Malaysia-Singapura di Tuas gagal, kereta tersekat di lorong motosikal 01

Gambar hiasan.

Menurut ICA, kereta tersebut turut membawa penumpang lelaki berwarganegara China dan seorang wanita yang berwarganegara Vietnam. Mereka berdua didapati cuba melarikan diri dengan berjalan kaki tetapi akhirnya ditahan oleh pegawai polis tambahan. Wanita Vietnam itu turut mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri. Apapun, mereka berdua didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Cubaan lepas ‘border’ Malaysia-Singapura di Tuas gagal, kereta tersekat di lorong motosikal 02

Berdasarkan siasatan terperinci, pemandu itu sendiri dikehendaki Polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dan didakwa memiliki dokumen Singapura yang palsu.

Tidak cukup dengan itu, ujian awal air kencingnya turut menunjukkan positif dadah.

Cubaan lepas ‘border’ Malaysia-Singapura di Tuas gagal, kereta tersekat di lorong motosikal 03

Kredit foto: AsiaOne.

Ketiga-tiga suspek kini berada dalam tahanan ICA untuk siasatan lanjut. Mereka yang didapati memasuki Singapura secara haram boleh dipenjara sehingga 6 bulan dengan sekurang-kurangnya 3 sebatan rotan.

Sumber: Berita Harian Singapura

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2017 Ford Focus Sedan 1.5 EcoBoost Titanium+

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda