Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh

Zamil Syaheer · Jun 6, 2021 02:00 PM

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 01

Rekabentuk kereta sememangnya telah berkembang pesat dan walaupun ianya kerja berpasukan, individu yang mula mengilhamkan rekaan itu biasanya diberikan kredit (penghargaan).

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 02

Ian Callum, lelaki yang membawa Jaguar ke kemodenan (dan dengan beberapa kereta yang hodoh di bawah namanya).

Terdapat banyak pereka berbakat, dan ramai di antaranya yang dikenali disebabkan hasil yang cantik atau kurang menarik.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 03

Walaupun pereka-pereka ini dihargai kerana mencipta kenderaan-kenderaan paling cantik atau ikonik, mereka juga tetap manusia biasa. Jadi, senarai ini membariskan hasil rekaan paling hodoh atau buruk oleh pereka-pereka tersohor ini.

Chris Bangle – BMW E65 7 Series

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 01

Bulat benor reka bentuk kereta dari Bangle.

Untuk sesetengah peminat BMW, tempoh semasa Chris Bangle menjadi ketua rekaan pengeluar Bavara itu pada tahun 2000an merupakan antara yang paling penuh kontroversi. Rekabentuk E65 jauh menyimpang dari rekaan tradisional tetapi berkelas pada generasi sebelumnya.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 02

Perekanya sendiri merupakan seorang yang pemecah-belah dalam kalangan rakan sekerjanya. Bangle juga pereka Fiat Coupe yang juga antara kereta biasa paling cantik. Tetapi E65 nampak buruk dan gemuk.

Juga baca: Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 03

Ditambah pula dengan bahagian belakangnya yang dipanggil “Bangle Butt”, anda pasti faham kenapa ianya dianggap BMW 7-Series paling berkontroversi dan mengundang pelbagai pendapat.

Walter de Silva – SEAT Toledo

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 04

Untuk mereka yang tidak pernah dengar nama ini, Walter de Silva dikenali kerana merekabentuk model-model Audi sepanjang tahun 2000an. Dalam masa sama, dia juga dilantik sebagai Head of Design kepada kumpulan syarikat Audi yang merangkumi jenama premium Jerman itu, Lamborghini, dan pengeluar Sepanyol, SEAT.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 05

Dia membantu mencipta bahasa rekaan Audi dan SEAT dan hasilnya ialah rupa yang mengelirukan dalam barisan model kedua-dua jenama ini. Walaupun rekaan ini berkontroversi, hal lebih buruk berlaku pada SEAT Toledo.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 06

de Silva memasukkan falsafah rekaan ‘auto emocion’ SEAT pada Toledo dan hasilnya, sebuah hatchback pelik dengan but yang dipanjangkan. Ianya kesinambungan dan penghormatan kepada sedan sebelumnya, tetapi nyata ianya tidak menjadi. Kemudian, SEAT menggantikannya dengan bentuk sedan lebih konvensional untuk penggantinya.

Harley Earl – General Motors Le Sabre Concept

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 07

Pereka Amerika ini dikatakan sebagai bapa kepada rekabentuk automotif. Pada 1939, General Motors mendedahkan kereta konsep pertama di dunia, Buick Y-Job, direka oleh Harley Earl.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 08

Earl juga bertanggungjawab dalam membentuk rekaan era kapal angkasa pada 1950an dengan GM Le Sabre Concept pada 1951. Banyak elemen rekabentuk dari kereta konsep itu dibawa kepada kereta-kereta lain sepanjang dekad itu termasuklah cermin depan melengkung dan sirip tailfin belakang.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 09

Walaupun ia memberi revolusi kepada rekabentuk kereta Amerika, ia nampak hodoh. Mujurlah hanya satu model dihasilkan dan ia menjadi kereta peribadi Earl selama bertahun-tahun. Dia kemudiannya membantu Chevrolet merekabentuk Corvette dan sekurang-kurangnya model ini nampak cantik.

Battista Farina – Pininfarina Model X

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 10

Para peminat Ferrari mungkin biasa dengar nama akhir pereka ini kerana dia merupakan pengasas Pininfarina. Farina juga seorang lagenda dalam kalangan pereka kerana beliau telah menghasilkan banyak model ikonik Itali selain Ferrari.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 11

Selain dari merekabentuk kereta sports berprestij, Farina juga seorang pereka-cipta dan gemar menerokai aerodinamik. Pada 1960, beliau merekabentuk sebuah kereta yang mungkin diinspirasikan dari American football, dinamakan Pininfarina Model X.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 12

Ia tidak hadir dengan Falcon Doors tetapi percaya atau tidak, ia tetap mempunyai empat roda. Tayar depan dan belakang individu memberikan fungsi stereng dan pacuan. Hasil dari bentuk pelik ini memberikan Model X pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.23. Menakjubkan walaupun untuk standard hari ini.

Marcello Gandini – BMW 2200 ti Garmisch

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 13

Tiga pereka berikut dikatakan lagenda tersendiri dan kita mulakan dengan Gandini. Jika Farina ialah lelaki di belakang Ferrari, Gandini pula ialah individu yang bertanggungjawab terhadap ikon-ikon Lamborghini seperti Miura dan Countach.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 14

Gandini juga pereka kepada kereta konsep pelik yang kemudiannya menjadi BMW 5-Series pertama, E12. Direka semasa beliau di Bertone, 2200 ti Garmisch sangat kontroversi disebabkan gril kidney berbentuk heksagon padanya.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 15

Dalam alam lain, gril Garmisch ini mungkin menjadi standard pada BMW 1970an. Realitinya, ia hanya tiba 50 tahun kemudian dalam bentuk BMW 4-Series. Gril penuh kontroversi nampaknya bukanlah perbualan baharu untuk peminat-peminat BMW.

Juga baca: Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan?

Giorgetto Giugiaro – Ssangyong Rexton

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 16

Pereka ikonik dengan nama ikonik, Giugiario melakar banyak rekaan untuk pelbagai pengeluar termasuk Proton. Dia cukup dikenali dalam industri automotif malah pernah dianugerahkan Car Designer of the Century pada 1999.

Juga baca: Adakah Proton EMAS satu peluang keemasan yang disia-siakan?

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 17

Selain supercar dan kereta konsep, Giugiario juga menjadi pereka di sebalik pelbagai kereta biasa untuk pengeluar seperti Hyundai, Isuzu dan Volkswagen. Walaubagaimanapun, rekaan paling hodoh pastinya Ssangyong Rexton.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 18

Rexton merupakan Mercedes-Benz M-Class yang direka semula dan agak mengejutkan, mendapat sambutan baik di kalangan pembeli Malaysia semasa ia dilancarkan. Rakan sekerja kami, Sanjay ialah satu-satunya dalam syarikat ini yang pernah memandunya, dan tidak ragu-ragu lagi, Rexton sememangnya rekaan paling tidak menarik dalam karier pereka tersohor itu.

Giovanni Michelotti – Rolls-Royce Silver Wraith Special Saloon by Vignale

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 19

Selain dari merekabentuk kereta-kereta dari jenama terkenal seperti Alfa Romeo, Maserati dan juga Hino semasa ia menghasilkan kereta, Michelotti juga turut merekabentuk carrozzerias – istilah Itali untuk bas.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 20

Carrozzerias ini dikenali kerana mengambil beberapa elemen rekabentuk kereta sedia ada dan meletakkan sentuhan Itali padanya. Salah satu darinya adalah Vignale dan syarikat ini telah mengeluarkan beberapa kereta menarik, dan tiada satu pun yang pelik seperti Rolls-Royce Silver Wraith kustom ini.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 21

Ianya satu-satunya yang pernah dihasilkan dan ditugaskan oleh Joseph Maschuch, peguam di New Jersey. Jika anda rasa rekaan Michelotti ini err, menarik, maka mungkin anda meminati tandas duduk dicat emas di bawah tempat duduk belakang. Tiada ‘urusan’ pernah dibuat di situ melainkan menjadi penyejuk champagne.

Shiro Nakamura – Nissan Juke

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 22

Pereka terakhir dalam senarai kami ini mungkin satu nama biasa untuk peminat Nissan. Nakamura-san telah menjadi naib presiden senior, ketua pegawai kreatif, dan ketua pereka Nissan selama 17 tahun dari 2000 hingga 2017. Penggantiannya pasti memerlukan seseorang yang cukup berkaliber dan berbakat.

Juga baca: Nissan Z Proto: Fairlady sudah kembali, V6 twin-turbo, 6-kelajuan manual

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 23

Di bawah pimpinannya, Nakamura-san membantu membentuk falsafah rekabentuk Nissan dalam millennium baharu dengan GT-R, 350Z, 370Z dan Murano, antaranya. Malah, dia satu-satunya pereka kereta Jepun yang pernah menerima anugerah pencapaian seumur hidup EyesOn Design.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 24

Ini menjadikan rekaan penuh kontroversi dan jujurnya hodoh pada Nissan Juke sebagai suatu titik hitam dalam karier pereka Jepun itu. Juke itu sendiri pula nampaknya agak berjaya walaupun nampak hodoh. Mungkin kerana nilai eksentrik padanya yang membantu ia berjaya kerana crossover lain nampak ‘biasa’.

Cuci mata, atau sakit mata? 8 pereka kereta terkenal dengan rekaan mereka paling hodoh 25

Kami pasti ada antara rekaan-rekaan ini yang mempunyai ramai peminat dan ada yang boleh dipertahankan oleh perekanya sendiri. Ada yang menjadi kejayaan, revolusi, atau sebagai suatu inspirasi untuk rekaan masa depan. Tetapi tak dapat disangkal rekaan-rekaan ini memang tidak cantik.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru