window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi!

Haris · Oct 27, 2021 06:00 PM

Cukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi! 01

Indonesia sedang merevolusikan industri automotif mereka dan antara langkah yang terlibat adalah penstrukturan semula cukai kenderaan.

Tidak seperti Malaysia, Indonesia sudah mula bertukar kepada cukai kenderaan berdasarkan pelepasan karbon, berbanding kapasiti enjin yang diamalkan di negara kita. Hal ini turut bermakna, Indonesia kini mengikuti Thailand dan Singapura dari segi struktur cukai kenderaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi! 01

Cukai tersebut mula dilaksanakan pada 16 Oktober lepas, di mana syarikat pengeluar kini telah mengumumkan harga baru bagi model masing-masing.

Model kembar Perodua Myvi, Daihatsu Sirion telah diumumkan kenaikan harga akibat daripada kenaikan cukai dari 10% ke 15%.

Baca: Kiraan 'road tax' Indonesia bakal ikut pelepasan karbon CO2, dah tak ikut kapasiti enjin!

Cukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi! 02

Model lain Daihatsu

Hendrayadi Lastiyoso, Ketua Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan, PT Astra International Daihatsu mengesahkan perkara ini dengan Gridoto.com namun mereka masih menunggu arahan dari kerajaan untuk model LGCC (Low Cost Green Car) seperti Daihatsu Ayla (Perodua Axia).

Berdasarkan tinjauan, harga Daihatsu Sirion di Indonesia bermula dari Rp 201,750,000 (RM 58,977) untuk model manual manakala Rp 216,500,000 (RM 63,290) untuk model automatik.

Hendrayadi mengumumkan kenaikan sehingga Rp 6,500,000 untuk Daihatsu Sirion. 

Kenderaan Hijau Kos Rendah (Low Cost Green Cars), untuk model seperti Daihatsu Ayla dan Toyota Agya, akan melihat kenaikan harga kerana dikenakan cukai sebanyak 3%. Sebelum ini, ia tidak dikenakan cukai disebabkan oleh status LGCC.

Cukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi! 03

Indonesia juga sudah tidak lagi mengenakan cukai kenderaan berdasarkan saiz badan seperti hatchback, sedan, SUV dan sebagainya. Cukai kenderaan di Malaysia walaupun tidak spesifik dengan bentuk badan kenderaan, masih meletakkan kadar berbeza untuk kenderaan saloon (sedan, coupe dan lain-lain) dan kenderaan non-saloon (trak pikap, SUV).

Dengan ura-ura bahawa Perodua Myvi facelift 2021 akan menyusul tak lama lagi dengan transmisi automatik CVT baharu, adakah akan ada lagi kenaikan harga ke atas Daihatsu Sirion yang akan datang?

Baca: Pelik tapi benar, Indonesia bakal dapat Perodua Myvi facelift (D51A) lagi awal daripada Malaysia

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda