window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit?

Mersita · Jan 16, 2021 02:00 PM

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 01

Ramai yang ingat cukai jalan, sesuai dengan namanya, disalurkan secara langsung kepada tabung kos pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya tidak bertol. Tapi, hakikatnya, perkara ini tidak benar sama sekali. Walaupun namanya “cukai jalan”, ia hanyalah satu bentuk cukai yang menjadi alat bagi menambah hasil kerajaan secara am dan ia bukanlah digunakan secara eksklusif bagi penyelenggaraan jalan raya.

Perkara ini membuatkan ramai tertanya-tanya – kita bayar cukai jalan untuk apa sebenarnya?

Sebelum kami ulas lagi sekali dengan lebih lanjut dan bagi mereka yang terlepas artikel kami sebelum ini, kami ingin jelaskan sedikit latar belakangnya. Bekas Ketua Pengarah MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) yang kini bertugas sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Professor Dr. Ahmad Farhan, baru-baru ini memberitahu dalam satu temubual yang cukai jalan dikutip JPJ tidak disalurkan secara spesifik kepada penyelenggaraan jalan raya dan ia sebaliknya dimasukkan ke dalam dana awam kerajaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 01

Gambar: Lando Zawawi Brotherhood Malaysia

 “Cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disalurkan kepada Dana Gabungan (Consolidated Fund) dan tiada Dana Gabungan yang dikhaskan secara spesifik bagi pengangkutan.

“Cukai jalan yang JPJ kutip disalurkan untuk pelbagai kegunaan lain termasuklah projek-projek pengangkutan awam seperti MRT, LRT, dan Bas Rapid milik Prasarana, dan bukan secara spesifik untuk penyelenggaraan jalan raya.”

“Oleh itu, untuk apa kita bayar cukai jalan: keadaan jalan raya yang teruk?” soal Farhan secara retorik.

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 02

Farhan ditemubual oleh Yamin Vong, bekas penyunting segmen Cars, Bikes and Trucks di dalam akhbar hujung minggu New Straits Times.

Angkara di sebalik jalan berlubang yang banyak di Malaysia pernah kami kupas di dalam entri terdahulu di sini.

Sebenarnya, terma "cukai jalan" atau "road tax" adalah tidak tepat dengan maksud sebenarnya. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia, perkataan "cukai jalan" tidak wujud. Tapi, yang ada hanyalah Lesen Kenderaan Bermotor yang kita sering sebut sebagai "cukai jalan".

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 03

Cukai jalan bagi Nissan Leaf

Terma "cukai jalan" ini dibawa dari zaman kolonial British dahulu, sekali dengan kebiasaan melekat plat cukai jalan pada cermin hadapan kenderaan bermotor (kini diganti dengan pelekat cukai jalan).

Namun, walau sebelum Malaysia merdeka daripada pimpinan British, Westminster sudah lama sedar yang hasil daripada kutipan cukai jualan tidak patut disimpan dan digunakan secara eksklusif hanya untuk penyelenggaraan jalan raya. Ini adalah kerana penyelenggaraan jalan raya selalunya menjadi tanggungjawab majlis perbandaran tempatan yang juga mengambil dana daripada kerajaan.

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 04

Gambar: The News, Portsmouth

Sejak tahun 2015, United Kingdom sudahpun menghapuskan cukai jalan dan ia diganti dengan Duti Eksais Kenderaan (Vehicle Excise Duty - VED) yang juga serupa dengan duti eksais kenderaan kita. Tapi, disebabkan oleh kebiasaan dan rujukan mudah, warga Britain masih lagi memanggil VED sebagai "cukai jalan".

Perbezaan antara VED di UK dengan cukai jalan kita ialah VED dibayar secara tahunan berdasarkan kadar pelepasan gas rumah hijau kenderaan berkenaan. Bagi kita di Malaysia, duti eksais kenderaan kita dibayar pada awalnya lagi ketika kenderaan berkenaan dibeli berdasarkan kapasiti enjin kereta tersebut. Tapi, model yang dipasang tempatan (CKD) diberi diskaun berdasarkan nilai kandungan bahan tempatan yang ada di dalam kenderaan tersebut.

Selain dari itu, ia ditambah lagi dengan bayaran cukai jalan tahunan yang kita laksanakan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan atau janaan kuasa bagi kenderaan elektrik.

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 05

Grafik oleh The Sun UK

Dalam entri kali ini, tak perlulah kiranya jika kita bincangkan lebih lanjut lagi tentang betapa banyaknya cukai eksais yang rakyat Malaysia perlu bayar untuk kereta masing-masing.

Berbeza dengan rakyat Britain, rakyat Malaysia membayar kedua-dua jenis cukai yang agak tinggi nilainya – cukai eksais dan juga cukai jalan.

Walaupun VED di UK sudah lama dianggap sebagai satu bentuk cukai semata-mata dan bukannya cukai yang dikutip bagi penyelenggaraan jalan raya, isu kondisi jalan raya yang teruk dan jumlah kemalangan yang disebabkan oleh lubang jalan telah menjadi satu perkara yang sering dibincangkan di dalam Parlimen British pada awal dekad lepas.

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 06

Keadaan jalan raya yang teruk juga menjadi satu isu di UK

Apabila maklumat didedahkan yang hanya 24 peratus VED dan cukai bahan api (yang juga dibayar oleh pemandu, dikumpulkan sekali dengan VED sebagai cukai permotoran) digunakan untuk penyelenggaraan jalan raya, orang awam pantas menyuarakan ketidakpuashatian mereka.

Pada tahun 2014, Profesor Stephen Glaister, Pengarah RAC Foundation berkata; “Sejak lima tahun yang lalu, jurang antara pendapatan Canselor yang diperoleh daripada cukai permotoran dengan jumlah dana yang beliau salurkan kepada jalan raya menjadi semakin jauh dengan pantas.

“Pada masa yang sama, tangguhan pembaikan lubang jalan semakin lama semakin banyak dan pihak berkuasa tempatan memberi amaran yang komitmen perbelanjaan keatas kebajikan sosial serta perkhidmatan alam sekitar bermaksud yang dana akan jadi semakin kurang bagi menjaga lebuh raya kita di masa akan datang.”

Pada tahun 2018, kerajaan UK menukar semula keputusan dari 80 tahun lalu dimana cukai jalan/VED tidak lagi dikawal. Kini, hasil dari VED disalur secara langsung kepada penyelenggaraan jalan raya.

Tapi, ini kisah di UK. Bagaimana pula dengan Malaysia? Di sini, pemilik kenderaan menanggung kepayahan komitmen fiskal negara kita. Tapi, kita masih lagi tidak nampak standard minimum di dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 07

Pembeli kereta di Malaysia menanggung hampir 10 peratus daripada hasil Kementerian Perbendaharaan Malaysia – 5 peratus daripada cukai eksais dan impot kenderaan bermotor, manakala 7 peratus daripada SST yang dikenakan untuk kereta dan alat gantinya (juga termasuk mesin-mesin industrial). Angka ini tidak termasuk sekali dengan cukai jalan.

Kali terakhir maklumat tentang hasil cukai jalan didedahkan adalah pada tahun 2018, apabila bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata JPJ mengutip RM 4.32 bilion pada 2018 - dimana 69 peratus daripadanya terdiri daripada kutipan cukai jalan (sekitar RM 2.98 bilion).

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 08

Lando Zawawi dari Kumpulan Brotherhood Malaysia mengambil inisiatif sendiri bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan raya

Oleh itu, kategori cukai yang manakah digunakan untuk penjagaan jalan raya? Tiada satu pun tabung dana yang digunakan secara khas untuk tujuan ini. Tapi, antara cukai pendapatan peribadi anda, cukai pendapatan korporat syarikat anda, cukai eksais, cukai impot, SST, dan segala jenis cukai lain - cukai tanah dan petak serta cukai taksiran andalah yang mempunyai kaitan paling rapat dengan penjagaan jalan raya kerana semua ini dikutip oleh majlis tempatan/kerajaan tempatan secara eksklusif untuk penjagaan infrastruktur.

Fakta menarik: Malaysia merupakan salah satu daripada beberapa negara lain dimana pemandu harus membayar cukai eksais, cukai jualan, cukai jalan, serta tol lebuh raya bagi perjalanan di dalam kawasan bandar. Di kebanyakan negara lain, mereka hanya dikenakan salah satu daripada cukai-cukai ini, dan pemandu biasanya hanya membayar lebuh raya bertol apabila mereka berjalan ke tempat-tempat yang jauh dari kawasan urban.

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 09

Bukan itu saja, cukai jualan kita dikira selepas cukai eksais dan impot dikira – cukai atas cukai lain.

Tapi, tak apa lah. Ingat, orang Malaysia dapat harga petrol, bayaran parkir, dan kadar insurans permotoran antara yang termurah berbanding negara lain. Rakyat Malaysia boleh memandu sesuka hati pada mana-mana kelajuan kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Kalau tidak terbunuh pengguna jalan raya lain, tiada cara lain lagi yang membolehkan anda kehilangan lesen memandu di sini. Di negara lain, walau satu kesalahan melebihi had laju (terutama sekali apabila ia jauh lebih tinggi daripada had yang dipaparkan) sudah cukup untuk membuatkan anda kehilangan lesen memandu.

Tiada satu pun antara perkara-perkara ini yang boleh dibanggakan, kerana ia hanya mendedahkan lagi kondisi perundangan dan penguatkuasaan di negara kita. Kepimpinan yang bagus haruslah didatangkan sekali dengan penguatkuasaan dan undang-undang yang ketat, walaupun tak semuanya digemari rakyat.

Lubang jalan yang mengorbankan nyawa hanyalah simptom-simptom bagi satu permasalahan yang lebih besar.

Oleh itu, memandangkan kini anda dah tahu yang cukai jalan tidak menyumbang kepada keadaan jalan raya yang lebih baik, ada ahli politik di luar sana yang mahu berkempen bagi memansuhkan cukai jalan?

Antara penghapusan cukai eksais kenderaan (mana Perodua Myvi RM 24.8k Rafizi Ramli PKR?), membeli semula lebuh raya (tiada berita baru dari Tony Pua DAP?), dan juga cukai jalan – penghapusan cukai jalan tampak lebih mudah untuk dilaksanakan.

Kerugian dari segi hasil negara boleh ditebus semula dengan melaksanakan lebih banyak lagi langkah-langkah lain selain daripada melelong nombor plat. Kenapa tak ‘lajak’ saja dan buat nombor plat ‘fancy’ lulus undang-undang, tapi kenakan fi pembaharuan tahunan keatasnya?

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 10

Fancy habis...

Di Australia, ada beberapa negeri yang mengehadkan tempoh sah nombor plat ‘fancy’ ke antara 12 dan 36 bulan, tertakluk kepada fi pembaharuan.

Cukai jalan dikutip JPJ tak disalur untuk pembaikan jalan raya. Dari mana dapat duit? 11

Pihak berkuasa bahagian pengangkutan jalan di pelbagai negara lain menggunakan nombor plat ‘fancy’ sebagai satu sumber pendapatan, tapi dengan menggunakan ‘font’ seragam

Yang pastinya, realisasi langkah ini bermaksud pihak JPJ harus menguatkuasakan nombor plat seragam dan memegang monopoli dalam percetakan nombor plat. Dari sini pun mereka boleh buat duit sebenarnya. Akan tetapi, kenapa ia amat sukar untuk dilaksanakan – sedangkan Thailand, Indonesia, dan Vietnam pun boleh laksanakannya dengan mudah?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda