window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cukai jalan tamat tempoh punca 2 individu nekad rempuh SJR

Haris · Dec 10, 2021 11:59 AM

Cukai jalan tamat tempoh punca 2 individu nekad rempuh SJR 01

Pihak berkuasa sudah berkali-kali mengingatkan agar jangan culas untuk memperbaharui cukai jalan namun masih ada pihak yang gagal berbuat demikian. Terbaru, 2 orang lelaki nekad merempuh SJR dipercayai kerana tidak memperbaharui cukai jalan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan mendapati, anggota PGA sedang bertugas di SJR Sri Tujuh di sini sebelum menyedari kehadiran sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurutnya, apabila tiba di SJR itu, pemandu kereta terbabit bertindak merempuh papan tanda sekatan jalan sebelum memecut dan melarikan diri.

“Anggota PGA yang bertugas kemudian meminta bantuan pihak polis sebelum berjaya mengesan kereta terbabit empat kilometer dari lokasi SJR.

“Pemeriksaan mendapati, pemandu itu bertindak merempuh SJR kerana cukai jalan kereta berkenaan telah tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi wartawan Kosmo!.

Tambah Azmir lagi, kedua-dua suspek yang berasal dari Kota Bharu dan Tumpat mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan penyalahgunaan dadah. Selain itu, salah seorang daripada suspek merupakan individu yang dikehendaki oleh pihak polis negeri Johor atas kesalahan yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Polis 1967 kerana merempuh SJR dan Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Baca: Perbaharui ‘road tax’ & lesen memandu segera, tiada arahan lanjutan moratorium – JPJ

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda