window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya!

Faisal · Apr 19, 2021 01:00 PM

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya! 01

Menurut draf pelan yang diperlihatkan oleh Malaysia Green Technology & Climate Change Centre (Greentech Malaysia), nampaknya harga untuk kereta elektrik (EV) di masa yang akan datang bakal menjadi lebih murah.

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya! 02

Sebagai salah satu cabang dalam gerakan Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB), antara cadangan yang diketengahkan ialah pengecualian duti eksais dan cukai import buat 100,000 unit kereta EV sehingga tahun 2022. Namun begitu, lampiran LCMB (yang boleh dimuat turun di laman MGTC) menunjukkan perubahan ke 10,000 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya! 01

Selepas tamatnya pengecualian duti eksais pada tahun 2022, cukai akan dinaikkan secara berperingkat. Kadar biasa akan bermula dengan 50% pada tahun 2023.

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya! 02

Dengan adanya pengecualian cukai, kereta EV import seperti Nissan Leaf yang berharga RM 181,263 akan menyaksikan harga yang jauh lebih menarik.

Pada masa yang sama, kereta EV buatan China yang telah diintip di tanah air seperti MG ZS EV, Ora Good Cat, DFSK Glory EV3, dan Borgward BXi7 juga boleh bersaing dengan harga yang lebih kompetitif.

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya! 03

Angkatan polis Indonesia telah mula menggunakan kereta elektik jenis Tesla Model 3.

Menariknya, draf pelan ini turut mencadangkan pengecualian cukai yang penuh untuk kereta EV yang akan digunakan untuk kerajaan, teksi dan sektor e-hailing. Nampaknya, kereta Grab yang akan mengambil anda selepas ini mungkin sebuah Nissan Leaf.

Di samping itu, draf pelan ini turut merangkumi cadangan untuk pembangunan tempat mengecas awam dan sokongan untuk pemasangan kereta EV di Malaysia.

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya! 04

Dalam aspek gerakan ke arah EV, negara jiran seperti Thailand dan Indonesia sebenarnya jauh lebih hadapan berbanding Malaysia. Misalnya, Board of Investment (BoI) Thailand mahukan kereta EV untuk memegang produksi nasional sebanyak 30% menjelang tahun 2030.

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya! 05

Mengenai Indonesia pula, mereka mempunyai sumber nikel yang terbesar di dunia. Disebabkan itu, negara tersebut telah menarik pelbagai pelabur yang ternama seperti LG Chem, CATL, Hyundai, dan juga Tesla.

Juga bacaKereta EV – tahap penerimaan di Indonesia paling tinggi, Malaysia di tangga ke-5 di Asia Tenggara!

Apapun, draf pelan untuk mengetengahkan kereta EV di Malaysia ini masih di fasa draf. Segala cadangan yang diketengahkan tetap bergantung pada kelulusan Kabinet.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Nissan Leaf

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda