window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun

Mersita · Jun 26, 2020 03:19 PM

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun 01

Nissan Kicks e-Power 2020 serba baru akan mula dijual di Jepun bermula dari 30 Jun. SUV kompak baharu ini akan diekspot ke Jepun dari Thailand.

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun 02

Nissan Kicks baharu telah membuat debut globalnya di Thailand bulan lepas. Pelancarannya di Thailand menandakan kali pertama powertrain pacuan elektrik hibrid e-Power oleh Nissan dijual luar daripada negara asalnya iaitu Jepun.

Ini bukanlah kali pertama Nissan mengimpot kereta dari Thailand ke Jepun. Mereka juga pernah mengimpot Nissan Almera dan Nissan March dari Thailand.

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Kicks dikuasakan dengan powertrain elektrik e-Power yang menggunakan motor elektrik untuk memacu tayarnya.

Motor tersebut disambung dengan bateri lithium-ion 1.57 kWh yang ditampung dengan range extender petrol 1.2 liter dengan 3 silinder. Digabungkan, sistem ini menjana 129 PS dan tork 260 Nm.

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun 01

Seperti Nissan Leaf baru, Kicks e-Power juga didatangkan dengan ciri One-Pedal. Anda boleh memecut dan membrek hanya dengan menggunakan pedal throttle. Ini amat berguna terutama sekali apabila tersekat dalam kesesakan trafik.

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun 02

Kicks di Jepun juga akan mempunyai kelengkapan ADAS yang sama dengan SUV pasaran Thai. Oleh itu, kereta ini dilengkapkan dengan Autonomous Emergency Braking, Forward Collision Warning, ProPilot Nissan atau Adaptive Cruise Control, Around View Monitor, serta Blind-spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert.

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun 03

Nissan Kicks juga mungkin akan dilancarkan di pasaran Malaysia memandangkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sedang merancang untuk menceburi segmen pasaran ini dimana Honda HR-V adalah juara.

Cukup bagus untuk Jepun? Nissan Kicks buatan Thai dilancarkan di Jepun 04

SUV ini akan diimpot (CBU) dari Thailand, memandangkan Nissan telah melantik kilang Thailand sebagai hab ekspot global bagi Kicks e-Power.

Tapi, sebelum kita menerima sebarang kepastian tentang kedatangan Kicks di Malaysia, kita boleh mengalihkan perhatian pada Nissan Almera 2020 yang baru dahulu.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Kicks International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda