window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X?

Khairil ยท Apr 30, 2021 06:00 PM

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 01

Sejurus Honda Winner X diperkenalkan kepada 'dunia' pada pertengahan 2019 di Vietnam, ramai yang tertanya-tanya bilakah 'Super Moped' dengan rekaan 'mengiurkan' ini akan tiba ke pasaran Malaysia.

Juga baca: Selepas ADV 150, giliran Winner X dilancar 'tak lama lagi' di Malaysia?

Dan selepas menunggu hampir dua tahun, penantian itu kekal sebagai penantian dengan ramai peminat jenama berkenaan mengambil inisiatif melakukan 'modi' kepada jentera RS150R V2 milik mereka supaya menjadi seperti Winner X.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini antara contohnya yang diperoleh dari Facebook.

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 01

Kepada yang masih menunggu, berita baik buat mereka kerana motosikal berkenaan sememangnya dijadual akan memasuki pasaran tempatan. Fakta ini adalah kerana imej motosikal berkenaan sedang menjalani ujian jalan raya sudah pun terdedah.

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 02

Menariknya, ia berlaku bukan sekali dua, namun sudah banyak kali. Dan terbaru adalah imej ini.

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 03

Tidak seperti pesaingnya iaitu Yamaha, imej 'Spyshot' ujian daripada Honda  boleh dikatakan amat jarang untuk diperoleh. Namun untuk model Winner X, ia tampaknya terkecuali berikutan popularitinya.

Dan ujian itu bukannya motosikal 'modi', namun dipercayai dilakukan oleh pihak Boon Siew Honda (BSH) sendiri di Pulau Pinang.

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 04

Spyshot paling awal diperoleh adalah pada bulan lalu menerusi imej bahagian belakang motosikal berkenaan. Ia kemudian berterusan kepada imej bahagian depan pada awal bulan ini.

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 05

Selain itu, antara petanda lain Winner X atau mungkin dikenali RS150R V3 akan dilancarkan dalam masa terdekat adalah penurunan harga 'besar-besaran' terhadap model RS150R V2 yang berada di pasaran ketika ini.

Dan persoalan paling hangat bilakan ia akan dilancarkan, kami di WapCar juga sama seperti anda, tiada maklumat yang tepat.

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 06

Tetapi menurut sumber daripada rakan media automotif, ia dijangka berlangsung pada bulan Jun atau Julai tahun ini.

Dan sebelum pelancaran berkenaan, pihak BSH pastinya akan mengeluarkan 'teaser' terlebih dulu.

Juga baca: Honda RS150 V2 turun harga. Petanda 'goyang' dengan Yamaha Y16ZR atau Winner X hampir tiba?

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 07

Jika menilai kepada pesaingnya Yamaha, imej intip pertama bagi model NVX 2021 Y-Connect yang dilancarkan minggu lalu sedang menjalani ujian jalan raya adalah pada Disember tahun lalu. Justeru, ia hanya mengambil tempoh empat bulan sebelum dilancarkan.

Tempohnya tampak selari dengan model 'Super moped' terkenal jenama itu, Yamaha Y16ZR di mana imej intipnya sedang diuji diperoleh pada Disember tahun lalu sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu.

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 08

Untuk persoalan mengenai harga, kerana ia masih menggunakan enjin bersesaran 150 cc, harga Honda Winner X di pasaran Malaysia juga dijangka tidak akan melebihi RM 10k sekalipun ia mungkin dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Dah banyak kali jumpa jalani ujian, bila BSH nak lancarkan Honda Winner X? 09

Tidak sabar bukan? Tidak apa, kami juga sama dan baiknya, tempoh penantian itu bakal berakhir beberapa bulan saja lagi.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda