window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah hidupkan enjin dan jalan, baru boleh pasang aircond? Fakta atau auta?

Mersita · Nov 21, 2020 06:00 PM

Dah hidupkan enjin dan jalan, baru boleh pasang aircond? Fakta atau auta? 01

Bayangkan… Cuaca panas dan kereta anda dah berjemur di bawah terik mentari dari pagi. Nak masuk ke dalam kereta pun fikir dua kali, silap haribulan masak punggung bila duduk nanti. Dulu ayah ada pesan, kalau baru masuk kereta dan enjin belum panas lagi sebelum mula memandu, jangan buka aircond atau penghawa dingin. Tak elok untuk enjin katanya.

Sudahlah panas, nak ikut ke tak nasihat ini?

Sistem penghawa dingin dan enjin kereta tak sama

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dah hidupkan enjin dan jalan, baru boleh pasang aircond? Fakta atau auta? 01

Sumber: Professional CAR Air-Cond Service

Untuk pengetahuan, sistem atau motor penghawa dingin berasingan daripada enjin kereta. Dua blok sistem ini hanya duduk bersebelahan di dalam ruang enjin dan bersambung dengan tali sawat.

Sebenarnya, tak salah kalau anda nak hidupkan penghawa dingin sejurus selepas enjin dihidupkan dan kereta belum mula dipandu keluar. Seperti yang kami nyatakan, ia adalah sistem berbeza.

Tapi, kami sering mendengar aduan tentang apabila penghawa dingin dipasang ketika kereta belum masuk gear dan mula dipandu, kereta bergegar dengan teruk dan mengeluarkan bunyi bising yang tidak sedap didengar.

‘Mounting’ dan komponen lusuh

Dah hidupkan enjin dan jalan, baru boleh pasang aircond? Fakta atau auta? 02

'Mount' enjin yang baru (kiri) dengan yang lama (kanan). Gambar: agcoauto.com

Perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan kondisi sistem penghawa dingin anda serta ‘mounting’ enjin. Apabila sistem penghawa dingin anda bermasalah, ia memang akan mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan.

Antara komponen-komponen yang perlu anda periksa ialah ‘belting’ atau tali sawat, kompresor, ‘pulley’, dan klac kompresor antaranya. Kadangkala, apabila salah satu sudah lusuh, ia perlu diganti bagi mengelakkan badan kompresor penghawa dingin daripada bergetar dan bergerak-gerak di dalam ruang enjin.

Dah hidupkan enjin dan jalan, baru boleh pasang aircond? Fakta atau auta? 03

Apabila penghawa dingin dipasang, ia memang memberikan sedikit beban kepada enjin. Beban inilah yang menyebabkan ia bergegar dan ini disebabkan oleh komponen-komponen kereta yang sudah lusuh. Bahagian badan kereta yang sudah longgar juga seperti penutup but, hud dan sebagainya juga boleh menyebabkan kereta anda bergegar dan berbunyi kurang enak.

Gegaran ini juga selalunya dikaitkan dengan ‘mounting’ enjin. Penjagaan ‘mounting’ enjin bergantung kepada tabiat pemanduan yang sering dihadapi oleh kereta tersebut. Jika dipandu lasak, jangka hayat ‘mounting’ kereta anda akan menurun dan lama-kelamaan, bunyi pelik-pelik akan mula kedengaran dari ruang enjin terutama sekali apabila kereta berada dalam keadaan pegun atau ‘idle’.

Dah hidupkan enjin dan jalan, baru boleh pasang aircond? Fakta atau auta? 04

Enjin terturun sebab 'mounting' rosak dan menyebabkan geselan komponen. Sumber

Akan ada komponen besi pada enjin yang bergesel dengan yang lain apabila ‘mounting’ kereta sudah terturun. Hos kompresor juga boleh berlaga dengan badan kereta dan menyebabkan bunyi yang kurang enak didengar.

Kesimpulan

Kalau kereta baru, tak ada masalah. Kalau kereta dah mula berbunyi pelik-pelik, untuk keselesaan anda juga tunggulah sekejap saja. Oleh itu, ramai yang beri nasihat supaya jangan dibuka penghawa dingin dengan terlalu cepat semasa enjin baru saja hendak dipanaskan. Kereta baru mungkin tak ada masalah, tapi untuk keselesaan pemandu, bila enjin dah panas sikit dan anda dah mula memandu, barulah on aircond. Bila dah ada bajet sikit, pergilah periksa kondisi kompresor dan ‘mounting’ kereta anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda