window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah jangkit dengan Yamaha RX-Z, Honda EX-5 Dream (Nos) kini diiklan belasan ribu ringgit!

Khairil · Sep 19, 2022 07:00 PM

Dah jangkit dengan Yamaha RX-Z, Honda EX-5 Dream (Nos) kini diiklan belasan ribu ringgit! 01

Perlu diakui sebagai model motosikal yang sudah terjual lebih 2 juta unit, Honda EX-5 sememangnya wajar diberikan label 'Legend' namun adakah individu mahu membeli motosikal berkenaan (bukan versi terbaharu) pada harga belasan ribu ringgit ketika ini?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran ramai warganet apabila sebuah motosikal berkenaan versi Honda EX-5 Dream diiklan pada harga mengarut, RM 12k.

Dah jangkit dengan Yamaha RX-Z, Honda EX-5 Dream (Nos) kini diiklan belasan ribu ringgit! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkongsian mengenai iklan berkenaan dibuat di laman sosial Facebook Arena Motor oleh sebuah kedai dengan motosikal berkenaan didakwa berada dalam kondisi 'Nos' atau (New Old Stock).

Melihat kepada kondisi motosikal berkenaan, ia memang ternampak dijaga dengan baik, berkilat dan beberapa komponen termasuk panel meter masih mempunyai dibalut dengan plastik kilang.

Juga baca: Giliran Honda EX-5 'test market' dengan harga belasan ribu ringgit, undang kecaman!

Dah jangkit dengan Yamaha RX-Z, Honda EX-5 Dream (Nos) kini diiklan belasan ribu ringgit! 01

Turut dibalut dengan plastik adalah kulit pelana motosikal berkenaan bagi mengelak kerosakan dan sekaligus meningkatkan harganya.

Dilancarkan pada tahun sekitar awal tahun 2000-an, Honda EX-5 Dream 100 sudah tidak lagi berada di landasan pengeluaran Honda dan digantikan dengan versi lebih mesra alam.

Dah jangkit dengan Yamaha RX-Z, Honda EX-5 Dream (Nos) kini diiklan belasan ribu ringgit! 02

Ketika dilancarkan, harga jualan asas Honda EX-5 Dream 100 ini tidak mencapai angka RM 5k dengan versi terbaharu dalam katalog BSH, Honda EX-5 Edisi Terhad hanya dijual pada angka RM 5.2k.

Dah jangkit dengan Yamaha RX-Z, Honda EX-5 Dream (Nos) kini diiklan belasan ribu ringgit! 03

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet menjadikan perkongsian berkenaan sebagai bahan jenaka dan sekalipun harga yang diiklankan itu jauh lebih murah berbanding sebuah lagi motosikal legenda, Yamaha RX-Z yang diiklan pada harga puluhan dan ratusan ribu ringgit.

Dah jangkit dengan Yamaha RX-Z, Honda EX-5 Dream (Nos) kini diiklan belasan ribu ringgit! 04

Dan peliknya, masih ramai yang mengiklankan motosikal berkenaan untuk dijual dalam kondisi terpakai dijual pada harga sekitar RM 2k ke RM 4k.

Juga baca: Honda EX5, 'Raja kapcai' yang makin ditelan zaman

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda