window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph'

Khairil · Jan 4, 2021 09:00 PM

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 01

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memang meletakkan harapan tinggi kepada salah satu model legendanya, Yamaha Lagenda ketika ia dilancarkan kira-kira 20 tahun lalu.

Dan keyakinan itu dibalas dengan baik oleh model empat lejang berkenaan dan selepas beberapa versi, ia dilihat masih kompetitif di pasaran ketika ini.

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika pasaran motosikal kapcai tempatan berterusan dibanjiri dengan pelbagai model, Lagenda yang sudah 'berusia' ini terus mendapat peningkatan 'facelift', yang terbaharu pada 2020.

Di pasaran tempatan, ada beberapa jenama yang bersaing dalam segmen motosikal di bawah 125cc yang disifatkan berada dalam kategori 'bajet' dan tindakan Yamaha mempertaruhkan Lagenda tidak salah.

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 01

Berdasarkan populariti dan julat harga, pencabar utama Lagenda adalah Honda Wave dengan kedua-dua model ini masing-masing mempunyai kelebihan, kekurangan dan peminat yang tersendiri.

Apa yang menyebabkan Lagenda ini terus laku di pasaran tempatan yang makin mencabar. Ini mungkin antara sebabnya.

Jenama Yamaha itu sendiri

 

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 02

Seperti segmen di atasnya iaitu Yamaha LC135 dan Y15ZR yang boleh dianggap 'Raja' dalam kelas masing-masing, Lagenda juga tidak banyak bezanya dalam kelas 'bajet'.

Apa yang pasti, penggunaan jenama Yamaha saja sudah boleh mendatangkan keyakinan kepada pengguna kerana ia menjadikan jentera itu boleh dipercayai, mudah diselenggara dan membuatkan pilihan terhadap alat gantinya 'berlambak'di pasaran.

Ia sekali gus menjadikan proses baik pulih jentera ini murah dan bagi pengguna motosikal kapcai terutama dalam segmen ini, ini antara perkara yang mereka pentingkan.

Bajet

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 03

Dalam bahasa lebih mudah, Lagenda adalah alternatif buat peminat jenama Yamaha yang mempunyai bajet 'suam-suam kuku'.

Seperti 'juniornya' yang lebih popular ketika ini sama ada LC135 atau Y15ZR yang mempunyai harga antara termahal di pasaran dalam kelas masing-masing, harga yang ditawarkan bagi Lagenda tidaklah boleh dianggap murah namun kompetitif sekali pun ia lebih tinggi berbanding beberapa jenama lain yang kurang popular.

Reka bentuk menarik

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 04

Mengikuti peredaran semasa, reka bentuk Lagenda juga tampak moden. Ia diberikan imej lebih sporty mengkuti reka bentuk jentera lebih berkuasa daripada jenama sama dan pendekatan itu mendapat sambutan yang baik peminat moped tempatan.

Ketahanan enjin

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 05

Tidak banyak boleh diperkatakan mengenai jentera yang bersesaran 115cc. Tetapi bagi kebanyakan pengguna, enjin Lagenda mempunyai kuasa yang cukup bagi menjalankan urusan harian mereka dan ketahanan enjinnya boleh dipercayai.

Terbukti di litar lumba

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 06

Bagi perlumbaan peringkat Underbone atau kapcai, nama Lagenda memang tidak asing dalam persaingan berkenaan termasuk dalam kejuaraan tempatan, Cub Prix. Selepas bertahun-tahun, pelbagai kejayaan berjaya dicapai dan ia menyebabkan HLYM amat sayang dengan model berkenaan.

Tiada keperluan untuk digantikan

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 07

Selepas dua dekad berada dalam pasaran, Lagenda sudah pun mencipta peminatnya tersendiri dalam kelas moped berkenaan. Jika Yamaha melakukan perubahan, ia tidak memberi banyak signifikan.

'Facelift' terbaharu

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 08

Bagi versi terbaharu Lagenda, Legenda 115Z, ia didatangkan dengan warna, grafik yang baharu.

Tetapi harganya tetap sama iaitu RM5,180 tidak termasuk insuran, cukai jalan dan nombor pendaftaran.

Dah lebih 20 tahun di pasaran, legenda ciptaan HLYM, Yamaha Lagenda tetap ada 'Umph' 09

Sejak diperkenalkan tujuh tahun lalu pada 2013, ia kini didatangkan dengan tiga warna iaitu biru, merah dan kelabu.

Dari sudut mekanikal, ia masih sama. Motosikal ini dijana enjin silinder tunggal 4-lejang 2-injap 115cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 9.9hp pada 7,750rpm dan tork 9.9Nm pada 6,500rpm.

Sejarah Lagenda

  • (2000-2003) SR Lagenda: Enjin 100cc. Dilancarkan oleh pelumba legenda Jepun, Norifumi Abe.
  • (2003-2005) Lagenda 110cc: Sesaran enjinnya dipertingkatkan kepada 110cc. Kerangkanya lebih rigid, tapak roda lebih panjang dengan pembaikan terhadap karburator.
  • (2005-2010) Lagenda Z 110cc: Model ini dilengkapi dengan penutup alur kunci bagi perlindungan yang lebih baik terhadap kecurian.
  • (2005-2010) Lagenda ZR 110cc -  Ciri-ciri menonjol termasuk sport rim, elektrik starter, dan penyerap belakang yang mempunyai kanister minyak tambahan untuk lebih kalancaran ketika mengharungi jalan tidak sekata.
  • (2010-2013) Lagenda 115Z - Enjinnya direka semula dengan dengan menggunakan 'bearing' dengan saiz 62mm. Tindakan ini menghadkan kelajuan enjin, menghasilkan output kuasa yang lebih rendah.
  • (2013-sekarang) Lagenda 115Z FI - Mengikuti perkembangan teknologi, sistem suntikan bahan api diberikan kepada model ini. Ia memberikan 20 peratus lebih kuasa dan penjimatan bahan api berbanding model terdahulu. 

Sumber imej: www.yamaha-motor.com.my , www.malaysiancubprix.com

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda