window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah masuk tahun 2023, Perodua Axia D74A generasi seterusnya patut ada ciri pelarasan stereng!

Zamil Syaheer · Feb 6, 2023 12:00 PM

Dah masuk tahun 2023, Perodua Axia D74A generasi seterusnya patut ada ciri pelarasan stereng! 01

  • Perodua Axia semasa tidak mempunyai ciri pelarasan stereng
  • Beberapa model berasaskan DNGA baru menawarkan pelarasan stereng condong
  • Vios dan Veloz baru juga didatangkan dengan pelarasan stereng teleskopik

Dijadual tiba sejurus Februari, kerja pembangunan sedang giat dijalankan untuk Perodua Axia 2023 generasi akan datang, dengan nama kod D74A.

Antara keluhan yang kami ada bagi Axia D93L semasa ialah kolum stereng yang tidak boleh laras. Tambahan pula, memandangkan Perodua Bezza berkongsi bahagian mekanikalnya dengan Axia, kolum stereng sedan segmen A itu juga tidak boleh dilaras.

Dah masuk tahun 2023, Perodua Axia D74A generasi seterusnya patut ada ciri pelarasan stereng! 02

Perodua X Concept shown, could this preview the next-gen Axia?

Untuk Axia D74A, memandangkan ia akan dibangunkan pada platform DNGA yang telah dicuba dan diuji, bolehkah model itu menawarkan ciri pelarasan stereng?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi sesetengah orang, ciri ini ‘tidak begitu penting’, namun bagi kami, ia amat penting untuk menaik taraf pengalaman pemanduan serta memperbaiki postur agar lebih selesa.

Baca juga: Posisi pemanduan – adakah anda duduk dengan betul?

Dah masuk tahun 2023, Perodua Axia D74A generasi seterusnya patut ada ciri pelarasan stereng! 01

D92A / AC100 Toyota Vios kini menawarkan pelarasan stereng condong dan teleskopik

Lagipun, model berasaskan DNGA yang lain, seperti Perodua Ativa, Perodua Alza, Toyota Veloz, dan Toyota Vios semuanya mempunyai ciri pelarasan stereng. Malah, kedua-dua model Toyota yang kami sebut ini menambah ciri pelarasan stereng tilt/teleskopik.

Baca juga: Stereng teleskopik - salah satu sebab kenapa Toyota Veloz RM 20k lebih mahal daripada Perodua Alza?

Tambahan pula, kereta Daihatsu kei berasaskan DNGA seperti Daihatsu Taft dan Daihatsu Tanto menawarkan ciri pelarasan stereng.

Jadi, bolehkah kereta hatchback segmen A Perodua yang akan datang akhirnya menawarkan ciri pelarasan stereng? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Dah masuk tahun 2023, Perodua Axia D74A generasi seterusnya patut ada ciri pelarasan stereng! 02

Perodua Axia D74A generasi seterusnya berkemungkinan akan menggunakan enjin petrol 1.0 liter 1KR-VE 3-silinder aspirasi natural semasa, tetapi dengan transmisi Dwi-mod CVT (D-CVT) baharu untuk menambah baik angka penggunaan bahan api. Perodua mendakwa bahawa Axia semasa mampu memperoleh bacaan 4.4 liter/100 km (22.5 km/liter).

Baca juga: 2023 Perodua Axia D74A menyusul - D-CVT, tiada turbo kekal 1.0 NA sekarang!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda