window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah tempah Honda? Tak perlu tunggu lama - HMSB 'on track' untuk capai 80k jualan

Faisal · Nov 15, 2022 06:00 PM

Dah tempah Honda? Tak perlu tunggu lama - HMSB 'on track' untuk capai 80k jualan 01

Sewaktu majlis pelancaran Honda Civic RS e:HEV 2022 berlangsung sebentar tadi, Presiden dan ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum memaklumkan bahawa syarikat itu dalam landasan betul untuk mencapai sasaran jualan 80,000 untuk tahun ini.

Kata beliau, “Sekarang, jualan telah mencapai 66,000 unit. Menjelang akhir tahun ini, kita akan mencapat sasaran tersebut”.

Dah tempah Honda? Tak perlu tunggu lama - HMSB 'on track' untuk capai 80k jualan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Sebahagian daripadanya akan datang dari penyelesaian tempahan yang tertunggak. Beliau juga menjelaskan dengan menjawab, “Tunggakan masih ada dan kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi isu ini, harap-harap ia boleh diurus menjelang Mac 2023”.

Juga bacaHonda Malaysia dah hantar 1,300 unit HR-V serba baharu kepada pelanggan, tak perlu tunggu setahun?

Untuk makluman anda, Mac yang dimaksudkan beliau adalah pengakhiran tempoh pengecualian cukai jualan. Pembeli kiranya perlu mendaftar kereta mereka sebelum 31 Mac 2023 untuk menikmati potongan harga.

Di samping itu, Sarly memberitahu bahawa Honda City siri GN sekarang adalah peneraju jualan buat syarikat tersebut iaitu sekitar 30% daripada jualan keseluruhan.

Juga baca: Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk 'kereta kecil', tetapi nilainya besar

Dalam masa yang sama, Honda Civic juga adalah sedan segmen C paling laku di Malaysia dengan pegangan pasaran sehingga 81%. Semenjak dilancarkan di Malaysia pada Januari lalu, hampir 7,000 unit telah terjual.

Juga bacaHonda Civic RS e:HEV 2022 - HMSB sasar jualan sebanyak 10%, tempoh menunggu 2 ke 3 bulan!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda