window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia!

Haris · Aug 16, 2022 01:00 PM

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 01

  • Hanya satu varian ditawarkan di Indonesia
  • IDR 66.6 juta lebih mahal daripada varian CR-V teratas
  • Sarat dengan ciri ADAS dan upholsteri kulit

Kia Sportage generasi baharu telah diperkenalkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2022 yang sedang berlangsung. Jika Hyundai menggemari Indonesia, Kia pula dilihat akan memfokuskan Malaysia kerana model ini dijangka akan membuat kemunculan di sini dengan perancangan pemasangan tempatan yang akan menjadikannya lebih kompetitif.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 02

Namun sebelum itu, mari kita lihat apa yang negara jiran dapat. Menurut laman AutoFun.id, hanya satu varian Kia Sportage yang ditawarkan di sana iaitu model enjin 4-silinder 1.6 liter turbocaj petrol dengan harga bermula dari IDR 735 juta (~RM 222k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 01

Diimport dari Korea (CBU), Kia Sportage berharga lebih mahal berbanding varian tertinggi Honda CR-V di Nusantara, iaitu Honda CR-V Turbo Prestige Black Edition yang bermula dari IDR 668.4 juta (~RM 202k). Berita baiknya, Indonesia masih mempunyai pasaran yang jauh lebih besar justeru masih ada peluang untuk SUV ini.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 02

Ada "vibe" Kia EV6?

Jika hendak dibandingkan dengan Honda CR-V, Kia Sportage ternyata lebih menarik kerana tampil dengan rekaan yang lebih berani. Digelar "Digital Tiger Nose" oleh Kia, Sportage serba baharu ini menunjukkan postur yang lebih agresif dan sporty di samping rekaan yang sangat moden. Adat kehidupan, rupa kenderaan masih sangat penting bagi survival model tersebut.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 03

Pemerhati industri juga pastinya dapat melihat rekaan yang terinspirasi dengan Kia EV6, lebih lebih lagi pada bahagian belakang yang kelihatan sangat futuristik dan tajam.

Baca: Penangan SUV dari negara K-Pop, Sportage dan Seltos mengetuai jualan global Kia pada Mac 2022

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 04

Bergerak ke bahagian dalam, Kia Sportage spesifikasi Indonesia nampak berbaloi dengan harga yang mahal itu. Ciri-ciri mewah termasuk upholsteri kulit, tempat duduk hadapan berventilasi, panel instrumen 12.3 inci dan skrin infotainment skrin sentuh dengan dimensi yang sama adalah antara ciri yang menjustifikasikan harganya.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 05

Bukan itu sahaja, terdapat juga bumbung suria panoramik dan pemilih gear berputar, ciri pertama tampil sebagai penyeri yang mewah manakala ciri kedua adalah cara baharu Kia untuk beralih dari tombol gear tradisional kerana kebanyakan model premium Kia menggunakan tombol pemilih gear sekarang.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 06

Dari segi trenkuasa, hanya enjin 1.6 liter turbocaj T-GDI ditawarkan buat masa ini. Sungguhpun begitu, media Indonesia turut menjangkakan enjin 2.0 liter turbodiesel juga akan tersedia. Spesifikasi Kia Sportage ketika ini telah disenaraikan dalam Nilai Jualan Kenderaan Bermotor pejabat cukai Indonesia (NJKB, Nilai Jualan Kenderaan Bermotor) tetapi ia sebarang perubahan harga mungkin akan diumumkan kemudian.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 07

Enjin petrol tersebut menghasilkan 180 PS/265 Nm dan dipasangkan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan. Selain rangkaian petrol dan diesel, Kia Sportage juga ada tersedia dalam sistem hibrid, mild-hybrid dan plug-in hybrid (PHEV). Sudah tentu, elektrifikasi adalah pilihan penting di negara maju.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 08

Mewajarkan lagi harga Kia Sportage yang lebih tinggi berbanding pesaing Asia lain ialah sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang menampilkan ciri-ciri keselamatan seperti:

  • Forward Collision-Avoidance Assist
  • Smart Cruise Control
  • Lane-Keep Assist
  • Lane-Following Assist
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist
  • Blind Spot View Monitor.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 09

Walaupun harga untuk Kia Sportage generasi kelima telah diumumkan, pengedar Kia Indonesia, PT Kreta Indo Artha berkata bahawa penghantaran hanya akan bermula pada awal tahun 2023. Hal ini adalah berdasarkan perancangan bersama kilang pembuatan Kia di Korea Selatan.

Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia! 10

Sementara itu, Kia Sportage tidak diketepikan untuk Malaysia kerana Dinamikjaya Motors merancang untuk bukan sahaja melancarkan SUV ini seawal 2023 tetapi model berspesifikasi Malaysia akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim.

Mengenai variasi enjin apa yang akan diterima oleh Malaysia, varian petrol dan hibrid adalah pilihan utama namun pilihan yang lebih mesra alam itu mungkin hanya akan ditawarkan selepas setahun pelancarannya - mengukur minat pelanggan terlebih dahulu.

Baca: Kia Sportage 2022 bakal CKD Malaysia, apa spesifikasi yang akan ditawarkan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia EV6 GT-Line AWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda