Daihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?
Haris · Mar 5, 2021 04:00 PM
0
0
Rakan kerjasama teknikal Perodua iaitu Daihatsu dijangka akan melancarkan MPV 7 tempat duduk hibrid pertamanya di Jepun pada Oktober 2021.
Butiran mengenai model ini masih kurang tetapi model itu hampir pasti akan menggunakan platform DNGA yang turut dibangunkan untuk membangunkan kereta hibrid. Perodua Ativa yang baru dilancarkan adalah model berasaskan DNGA pertama untuk tanah air kita.
Dua pilihan trenkuasa yang menjadi sebutan adalah 1.5 liter hibrid dari Toyota (dikongsi dengan Yaris Cross) atau 1.3 liter hibrid yang dibangunkan oleh Daihatsu jenis mild-hybrid. Pilihan pertama tampak lebih realistik.
Beberapa sumber lain turut mengatakan bahawa model tersebut akan menggantikan Toyota Sienta dengan perancangan kerjasama Toyota - Daihatsu seperti mana model Toyota Raize / Daihatsu Rocky.
Model pasaran Jepun ini mungkin menjadi asas kepada model 7 tempat duduk lain yang bertujuan untuk pasaran ASEAN, khususnya Indonesia dan Malaysia.
The ageing Perodua Alza and Toyota Avanza / Daihatsu Xenia twins overdue for a replacement and there are rumours that Daihatsu will want reduce development cost and rationalize these two product lines into one.
Perodua Alza (Daihatsu Boon Luminas) dengan Toyota Avanza - Daihatsu Xenia yang semakin berumur telah lama menunggu model pengganti malah khabar angin turut menyatakan bahawa Daihatsu ingin mengurangkan kos pembangunan dan menyatukan kedua-dua produk ini menjadi satu.
Pada Pameran Motor GAIKINDO 2017 di Jakarta, Daihatsu mempertontonkan kereta konsep Daihatsu DN Multi-Six. Adakah ini pandangan awal Toyota Avanza / Perodua Alza generasi akan datang? Pandangan sisi memberi petunjuk yang jelas kepada Avanza.
Ketika ini, Perodua Alza (FWD, jarak kelegaan tanah rendah) dibangunkan untuk Malaysia sementara Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza (RWD, jarak kelegaan tanah tinggi) untuk 'menarik' muatan berat di atas jalan yang mencabar ditujukan untuk Indonesia.
Namun sejak akhir-akhir ini, Indonesia melihat kecenderungan terhadap model dengan jarak kelegaan tanah yang rendah dan model pacuan roda depan (FWD) yang lebih menjimatkan minyak. Model seperti Mitsubishi Xpander, Honda Mobilio / Honda BR-V, serta Toyota Calya - Daihatsu Sigra kesemuanya terlajak laris.
Kecenderungan ini bermakna sudah tiba masanya untuk menghentikan konsep produk Daihatsu Xenia / Toyota Avanza, suatu ketika sebuah model yang terkenal dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi untuk menghadapi banjir kilat, dengan pacuan roda belakang (RWD) untuk cengkaman yang lebih baik ketika membawa beban di atas jalan raya.
Petanda lain yang ada juga menunjukkan bahawa Indonesia kini sedang merintis elektrifikasi, menawarkan insentif terhadap model hibrid atau kenderaan elektrik pemasangan tempatan.
Walaupun kenderaan elektrik tidak sesuai dengan pelanggan sasaran Daihatsu, hibrid kedengaran lebih realistik. Tahukah anda, Toyota kini menjual 4 model hibrid di Indonesia - Corolla Cross Hibrid, Corolla Altis Hibrid, C-HR Hibrid, dan Camry Hibrid. Malaysia? Masih tiada sebarang petanda.
Sementara itu, Perodua tetap dengan pendirian bahawa ia belum lagi mensasarkan kenderaan elektrik tetapi percaya bahawa hibrid adalah alternatif yang lebih sesuai untuk keperluan pasaran tempatan kita.
Pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, Perodua mempertontonkan model konsep teknologi hibrid tetapi tidak mengesahkan sama ada ia adalah jenis mild hybrid atau full hybrid.
Selepas Perodua Ativa, model pelancaran seterusnya adalah Perodua Alza yang masih tidak mempunyai pengganti selepas 12 tahun dalam pasaran.
Adakah kita akan melihat generasi kedua Perodua Alza pada tahun 2022?
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.