window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu bakal rebadge Toyota Vios D92A? Paten reka bentuk sedan ini didaftarkan!

Haris Β· Jan 3, 2023 11:59 AM

Daihatsu bakal rebadge Toyota Vios D92A? Paten reka bentuk sedan ini didaftarkan! 01

Daihatsu, antara pemegang saham terbesar Perodua didapati baru sahaja mendaftar paten reka bentuk sebuah kenderaan berbentuk sedan yang kelihatan mirip dengan Toyota Vios.

Maklumat ini adalah berdasarkan Warta Rasmi Reka Bentuk Perindustrian No.44 / DI / 2022 DJKI Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia di Indonesia.

Daihatsu bakal rebadge Toyota Vios D92A? Paten reka bentuk sedan ini didaftarkan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Melalui informasi yang didedahkan dari paten kereta baru, Daihatsu Motor Co., LTD, yang terletak di 1-1 Daihatsu-Cho, Ikeda-Shi, Osaka, Jepun, telah memfailkan reka bentuk paten kereta sedan pada 20 Disember 2022 dan pengumuman berlaku 10 hari kemudian atau pada 30 Disember 2022.

Daihatsu bakal rebadge Toyota Vios D92A? Paten reka bentuk sedan ini didaftarkan! 01

Masih belum dapat diperincikan sama ada model yang didaftarkan ini akan terdiri daripada kenderaan enjin konvensional, hibrid, varian premium atau model pengenalan. Sungguhpun begitu, gambar paten yang difailkan nampak begitu mirip kepada Toyota Vios.

Daihatsu bakal rebadge Toyota Vios D92A? Paten reka bentuk sedan ini didaftarkan! 02

Kebanyakan komponen yang ada pada Toyota Vios D92A adalah pembangunan bersama antara Toyota, Daihatsu dan Perodua. Malah, kod nama D92A tersebut adalah kod nama Daihatsu sendiri.

Hal ini juga bermakna kesemua hak paten dan harta intelek pembangunan Vios dipegang oleh Daihatsu justeru Daihatsu sekadar mendaftarkannya.

Bercakap mengenai rebadge, sebenarnya bukan perkara baru jika Daihatsu mempunyai model rebadge. Di Jepun, Toyota Camry turut di-rebadge menjadi Daihatsu Altis.

Baca: Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal?

Daihatsu bakal rebadge Toyota Vios D92A? Paten reka bentuk sedan ini didaftarkan! 03

Daihatsu DN F-Sedan Concept

Kesimpulannya, tujuan Daihatsu untuk mendaftarkan hak paten dan harta intelek tersebut adalah untuk hal-hal birokrasi berikutan daripada pelancaran Toyota Vios D92A baharu. Tiada perancangan untuk menghasilkan sedan Daihatsu yang diketahui setakat ini.

Secara teknikalnya, Daihatsu ada mengeluarkan sedan melalui Perodua dengan Perodua Bezza. Namun, ia tidak dikeluarkan di bawah jenama Daihatsu seperti Perodua Myvi atau Perodua Axia. Tahukah anda bahawa Perodua Bezza tidak hanya dijual di pasaran domestik Malaysia sahaja malah ada dijual di Sri Lanka?

Baca: Perodua hulur bantuan kepada rakan eksport di Sri Lanka, Bezza model terlaris di sana!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda