window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu mula pembinaan kilang baharu di Indonesia; petanda keluar model elektrifikasi masa hadapan?

Haris ยท Feb 8, 2023 02:00 PM

Daihatsu mula pembinaan kilang baharu di Indonesia; petanda keluar model elektrifikasi masa hadapan? 01

PT Astra Daihatsu Motor (ADM), anak syarikat Daihatsu Motor di Indonesia, telah mengadakan majlis pecah tanah untuk kilang pemasangan baru di Karawang, Jawa Barat, Indonesia, untuk menandakan permulaan pembinaannya.

Daihatsu mula pembinaan kilang baharu di Indonesia; petanda keluar model elektrifikasi masa hadapan? 02

Kilang baharu (Plant Line 2) ini dibina di kawasan bersebelahan dengan tapak Kilang Pemasangan pertama (Plant Line 1) Karawang di Jawa Barat, dan akan menggantikan kilang di Sunter yang telah beroperasi selama 27 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kilang Sunter menghasilkan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), iaitu Avanza, Xenia, Rush, dan Terios. Kilang Karawang baru akan mengambil alih pengeluaran model-model ini.

Daihatsu mula pembinaan kilang baharu di Indonesia; petanda keluar model elektrifikasi masa hadapan? 01

Walaupun Daihatsu tidak mendedahkan rancangan produk masa depan, pemangkin terbesar yang tersirat untuk langkah ini adalah untuk mempunyai kilang yang mampu menghasilkan kenderaan elektrik (xEV).

Baca: Daihatsu belum bersedia jual model hibrid atau elektrik, beri kesan kepada perancangan Ativa Hybrid?

Daihatsu mula pembinaan kilang baharu di Indonesia; petanda keluar model elektrifikasi masa hadapan? 02

Kilang pemasangan baharu itu adalah hasil daripada pelaburan IDR 2.9 trilion (sekitar RM 822 juta) dan akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 140,000 unit setahun. ADM menyasarkan untuk menyiapkan pembinaan menjelang 2024 dan mula beroperasi pada 2025.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai neutral karbon, kilang itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui dengan 3,600 unit panel solar dipasang di atas bumbung untuk menjana sehingga 2,100 kW kuasa, yang dikatakan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 20 peratus setahun.

Daihatsu mula pembinaan kilang baharu di Indonesia; petanda keluar model elektrifikasi masa hadapan? 03

"Majlis pecah tanah ini merupakan satu penghargaan kami kepada kerajaan Indonesia, rakan kongsi Daihatsu serta pelanggan setia kami. Pencapaian ini penting bagi kami menuju ke arah masa depan, dan menunjukkan komitmen kami untuk memperluaskan kerjasama dengan Indonesia," kata Yasushi Kyoda, Presiden ADM.

Baca: Paten kereta 'kei' Daihatsu Tanto didaftar di Indonesia - akan lancar pada 2023 atau sekadar hak intelek?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda