window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung!

Haris · Apr 30, 2021 09:00 PM

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung! 01

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize baru sahaja dilancarkan di Indonesia tetapi Toyota dengan pantas mengumumkan rancangan yang lebih besar untuk duo ikonik ini.

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung! 02

Ketika pengumuman pelancaran awal minggu ini, Yoichi Miyazaki, CEO Toyota Motor Corporation rantau Asia mengatakan bahawa Indonesia akan menjadi hub pengeluaran Rocky dan Raize. Tambahan pula, duo ini akan dieksport ke hampir 50 buah negara di seluruh dunia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung! 01

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize mungkin sebuah SUV yang berkongsi DNA tetapi kedua-duanya adalah SUV yang berbeza.

Sebagai permulaan, Raize dan Rocky pasaran Indonesia ditawarkan dengan transmisi manual lima kelajuan serta enjin tiga silinder 1.2 liter NA yang baharu. Kedua-duanya adalah tambahan kepada pilihan enjin tiga silinder 1.0 liter bercaj turbo dan transmisi CVT automatik yang ditawarkan di pasaran Jepun dan Malaysia (Perodua Ativa).

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung! 02

Toyota Indonesia juga menawarkan Toyota Raize dengan varian GR Sport. Seperti mana model Toyota Vios GR-S, Toyota Raize GR Sport ini menawarkan kit badan GR dan paddle shifter - suatu ciri yang tidak ada di Jepun sekalipun.

Komen Wapcar

Toyota dan Daihatsu nampak komited dengan duo Raize dan Rocky ini untuk menjadi pemangkin jualan baharu. Rekod prestasi jualan di Malaysia dan Jepun boleh menjadi petanda awal untuk sambutan model ini di kesemua 50 buah negara.

Daihatsu Rocky dan Toyota Raize bakal dieksport ke 50 buah negara, Ativa jaguh kampung! 03

Walaubagaimanapun, pengumuman ini turut bermakna bahawa potensi eksport untuk Perodua Ativa telah ditutup.

Jika Perodua berjaya mengeksport Ativa sekalipun, ia akan dihantar ke pasaran yang lebih kecil - seperti Brunei dan Singapura. Tidak keterlaluan untuk menyatakan negara seperti Fiji dan kepulauan Papua juga.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda