window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Rocky di Jepun bakal dinaik taraf dengan Android Auto dan sirip ‘aero fins’!

Faisal · Mar 1, 2021 11:00 AM

Daihatsu Rocky di Jepun bakal dinaik taraf dengan Android Auto dan sirip ‘aero fins’! 01

Sejak diperkenalkan pada November 2019, Toyota Raize dan Daihatsu Rocky laku macam goreng pisang panas. Jualan untuk tahun 2020 sahaja pun mencecah 158,000 unit.

Untuk model tahun 2021, terdapat laporan bahawa Daihatsu bakal memperkenalkan beberapa naik taraf untuk SUV cilik ini.

Daihatsu Rocky di Jepun bakal dinaik taraf dengan Android Auto dan sirip ‘aero fins’! 02

Sokongan Android Auto pada Toyota C-HR.

Yang pertama ialah penambahan sokongan Android Auto pada sistem infotainment sesentuh 9 inci yang sedia ada. Buat masa ini, Daihatsu Rocky hanya datang dengan sokongan Apple Carplay dan SmartDeviceLink (SDL).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu Rocky di Jepun bakal dinaik taraf dengan Android Auto dan sirip ‘aero fins’! 01

Dari kiri atas: Sirip 'aero fins' pada Toyota Vios, Yaris, Camry, & Altis.

Selain pembaharuan pada sistem infotainment, kedua-dua Daihatsu Rocky dan Toyota Raize ini akan hadir dengan sirip ‘aero fins’ pada bahagian cermin sisi. Untuk pengetahuan anda, sirip yang bersifat aerodinamik ni meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi. Pada masa yang sama, ia membantu untuk mengurangkan penggunaan bahan api.

Untuk maklumat anda, kedua-dua pembaharuan ini akan diterapkan bermula 1 Mac 2021, iaitu hari ini.

Daihatsu Rocky di Jepun bakal dinaik taraf dengan Android Auto dan sirip ‘aero fins’! 02

Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada pembaharuan ini akan beransur pada Perodua D55L ataupun tidak. Untuk itu, ikuti kami untuk berita paling pantas mengenai Perodua D55L yang akan dilancarkan pada 3 Mac 2021, rabu ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda