window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga?

Faisal Β· Nov 1, 2022 04:00 PM

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga? 01

Sewaktu pameran Gaikindo International Motor Show (GIIAS) 2022 berlangsung pada ogos lalu, antara kenderaan yang Daihatsu pamerkan adalah Rocky e-Smart Hybrid.

Perkara ini tidak menghairankan kerana Toyota sendiri sudah mula mengorak langkah ke arah hibrid. Jadi, jenama di bawah induknya seperti Daihatsu juga dijangka mengikut jejak langkah sama.

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga? 02

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid sewaktu dipamerkan di GIIAS 2022.

Apapun, menurut jurujual Daihatsu di Jakarta, walaupun Daihatsu ada model Rocky Hybrid, ia mungkin takkan tiba di pasaran dalam masa terdekat. Ulas beliau, β€œAstra Daihatsu Motor (ADM) sebenarnya sedang giat membuat kajian tentang model ini”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga? 01

Berdasarkan satu sumber yang dipetik dari Autofun ID, antara faktor utama yang sedang ADM tekankan adalah isu harga kerana model ini diimport dari Jepun.

Menurut jurujual itu, kalau harga Rocky Hybrid ditawarkan pada 500 juta rupiah (~RM 151.5k), siapa nak beli?

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga? 02

Dari segi teknikal, jentera hibrid Daihatsu ini menggunakan enjin 1.2L 3 silinder yang dipadankan dengan motor elektrik untuk menghasilkan 106 PS dan 170 Nm tork. Penggunaan petrolnya pula serendah 3.2 liter/100 km.

Jadi, itulah situasi Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid di Indonesia yang mana ia ada potensi untuk masuk pasaran seandainya harga tidak menjadi penghalang.

Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid berpotensi untuk tembus pasaran Indonesia tapi ada isu harga? 03

Di Malaysia pula, jentera Perodua Ativa Hybrid ini ditawarkan hanya sebanyak 300 unit dan ia hanya untuk langganan individu terpilih bagi menilai penggunaan mereka terhadap kereta yang lebih bertrenkuasa EV. Dalam masa yang sama, data yang terkumpul akan diguna untuk pembangunan model EV Daihatsu dan juga Perodua.

Juga bacaSemua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda