window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV!

Haris · Jun 22, 2021 06:00 PM

Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV! 01

Daihatsu bakal hadir dengan sekurang-kurangnyas 10 lagi model baharu berasaskan platform DNGA dalam usaha untuk menakluk pasaran membangun. Model-model ini termasuklah model kenderaan hibrid dan elektrik menjelang tahun 2025.

Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV! 02

Platform DNGA

Menurut laporan Nikkei, kejayaan model Daihatsu Rocky (Perodua Ativa) memangkin kepada usaha pembangunan model baharu di mana Daihatsu akan kekal dengan resipi sama - model kompak dengan kos pembangunan rendah. Hal ini mampu dikembangkan lagi dengan platform DNGA dari Daihatsu yang inovatif.

Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Platform DNGA juga mungkin akan menjadi asas kepada era elektrifikasi - kenderaan hibrid dan elektrik (EV). Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut dari Daihatsu, ura-ura mengatakan bahawa Daihatsu akan menawarkan model Daihatsu Rocky hibrid sebagai permulaan. 

Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV! 01

Lebih dekat dengan Malaysia, model paling awal yang dijangka akan menerima platform DNGA adalah Perodua Alza (atau pengganti) yang dijangka akan hadir paling awal dalam tahun 2021 ini.

Lebih menarik lagi, pembangunan Perodua Alza baharu ini juga dikatakan bersama-sama dengan Toyota Avanza baharu di mana kedua-dua model ini mungkin akan disatukan seperti Toyota Rush - Daihatsu Xenia - Perodua Aruz.

Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV! 02

platform TNGA

Kerjasama Toyota-Daihatsu-Perodua semakin ampuh apabila kadar perkongsian alat ganti sebanyak 75% untuk kereta kompak dan kenderaan mini serta penjimatan 30% perbelanjaan modal dan masa pembangunan memberi keuntungan kepada ketiga-tiga syarikat.

Daihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV! 03

Pembangunan kereta kompak untuk pasaran membangun kini terus diterajui oleh Daihatsu. "Kami akan terus mengeksport kendaraan kos rendah ke pasaran (negara membangun) melalui jaringan pengedar Toyota ketika ini. Namun untuk pasaran baharu, Daihatsu akan hadir dengan saluran pengedar sendiri untuk meningkatkan angka jualan," ujar seorang eksekutif Daihatsu.

Baca lagi: 

Perodua Alza 2022 dengan asas DNGA mungkin tiba akhir tahun ini juga!

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu?

Toyota Avanza generasi baharu akan guna enjin Ativa, bakal didedahkan Nov 2021?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda