window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Sirion 2022 terdedah sebelum pelancaran, kembar Perodua Myvi facelift tapi kurang ciri, enjin pun 1.3L sahaja

Faisal · May 30, 2022 03:00 PM

Daihatsu Sirion 2022 terdedah sebelum pelancaran, kembar Perodua Myvi facelift tapi kurang ciri, enjin pun 1.3L sahaja 01

Perodua Myvi 2022 iaitu model facelift sudahpun dilancarkan di Malaysia. Bagi anda yang belum tahu, kembar Myvi turut ada di Indonesia tetapi ia dijual sebagai Daihatsu Sirion.

Secara tidak langsung, model facelift juga dijangka tiba ke sana (CBU) yang mana pelancarannya akan berlangsung pada 2 Jun 2022.

Juga bacaRebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu Sirion 2022 terdedah sebelum pelancaran, kembar Perodua Myvi facelift tapi kurang ciri, enjin pun 1.3L sahaja 01

Apapun, gambar yang dimuat naik oleh Rayhan Haikal ini menunjukkan intipan model itu tanpa seurat benang. Dari bahagian luar, ia nampak sama seperti Myvi varian teratas. Cumanya, Sirion facelift nanti akan bernadikan enjin 1.3L 1NR-VE (95 PS. 121 Nm) sahaja. Tetapi apa yang baru adalah penggunaan transmisi D-CVT.

Daihatsu Sirion 2022 terdedah sebelum pelancaran, kembar Perodua Myvi facelift tapi kurang ciri, enjin pun 1.3L sahaja 02

Untuk bahagian dalam, Sirion facelift juga tampil serupa dengan Myvi, iaitu dari reka bentuk roda stereng yang baru hinggalah ke skrin paparan pelbagai maklumat.

Daihatsu Sirion 2022 terdedah sebelum pelancaran, kembar Perodua Myvi facelift tapi kurang ciri, enjin pun 1.3L sahaja 03

Menurut Indra Fathan pula, Sirion facelift mungkin ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.3 X dan 1.3 R. Namun begitu, ia tidak akan hadir dengan sistem bantuan keselamatan ADAS dan lampu DRL LED.

Daihatsu Sirion 2022 terdedah sebelum pelancaran, kembar Perodua Myvi facelift tapi kurang ciri, enjin pun 1.3L sahaja 04

Myvi ada lampu DRL LED. Sirion tiada.

Selama ini, Daihatsu Sirion di Indonesia dijual pada harga 209.2 juta rupiah ke 223.7 juta (~RM 63k – RM 68k). Jadi, harga lebih mahal tapi ciri lagi ‘kureng’. Adakah ini sebab ia tidak mendapat sambutan yang sama di sana? Mungkin juga.

Juga bacaCukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi!

Daihatsu Sirion 2022 terdedah sebelum pelancaran, kembar Perodua Myvi facelift tapi kurang ciri, enjin pun 1.3L sahaja 05

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda