window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran?

Haris · May 25, 2021 05:00 PM

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran? 01

Kembar Perodua Myvi, iaitu Daihatsu Sirion mengalami peningkatan jualan yang mendadak di Indonesia pada tahun 2021. Ramai sedia maklum bahawa jualan Daihatsu Sirion di Indonesia tidak begitu memberangsangkan atas beberapa sebab tertentu.

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Laporan daripada Autonetmagz mendapati bahawa jualan Daihatsu Sirion pada 4 bulan terawal tahun 2021 telahpun setanding dengan jualan keseluruhan tahun 2020. Permintaan yang tiba-tiba naik mendadak ini tidak mempunyai sebarang petanda kerana tiada promosi atau pengecualian cukai yang dinikmati model ini.

Angka jualan pada 4 bulan pertama tahun 2021 sahaja sudah 480 unit (jualan pukal kepada pengedar) berbanding angka jualan keseluruhan tahun 2020 iaitu sebanyak 390 unit.

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran? 01

Daihatsu Sirion mengalami penjualan yang sukar disebabkan oleh posisi harga yang tidak menguntungkan, cukai import dan kuota import yang dikenakan pada model ini.

Bayangkan pada harga yang setara, pengguna di Indonesia boleh memiliki Daihatsu Xenia (model rebadge Toyota Avanza) atau untuk tambahan sedikit wang, Daihatsu Terios (model rebadge Toyota Rush).

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran? 02

Masih susun atur yang kita kenali

Selain daripada itu, Daihatsu Sirion juga hanya ditawarkan dalam enjin 1.3 liter sahaja dan kuota import dari kerajaan Indonesia membuatkan Daihatsu sendiri bersikap acuh tak acuh untuk menjualnya. Ya lah, siapa yang nak buat promosi besar-besaran kalau dah tahu akan ada had pengeluaran? Kalau permintaan tinggi tapi tak dapat dipenuhi, akan mengakibatkan imej yang tak baik untuk perniagaan.

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran? 03

Namun menurut Autonetmagz lagi, angka jualan yang mendadak ini adalah hasil daripada jualan pukal (wholesale) dan bukannya jualan runcit (retail). Hal ini kerana pandemik Covid-19 telah memaksa Perodua Malaysia untuk menghentikan pengeluaran Daihatsu Sirion, atau sekurang-kurangnya mencatu pengeluaran.

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran? 04

Atas sebab itu, pengedar Daihatsu di Indonesia telah membeli unit Daihatsu Sirion yang masih ada secara pukal untuk menyimpan stok supaya bekalan cukup untuk dijual sepanjang tahun atau mungkin, sehingga tahun hadapan. 

Daihatsu Sirion tiba-tiba laku di Indonesia, ketika Perodua Myvi dicatu pengeluaran? 05

Boleh teka, Perodua atau Daihatsu?

Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga di mana ketidaktentuan pandemik Covid-19 di Malaysia masih belum ada sinar harapan. Industri automotif juga dihimpit oleh penutupan kilang secara tidak menentu mengikut angka kes positif sama ada meningkat atau menurun. Kegusaran ini turut disuarakan oleh Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry (MGCC) yang banyak melabur di bumi bertuah ini.

Bacaan Lanjut:

Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara?

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip!

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda