window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad

Faisal · Jan 25, 2021 11:30 AM

Daihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad 01

Sekebal namanya, Daihatsu Taft Crossfield Ver. nampak seperti cukup bersedia untuk mengembara dunia.

Daihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad 02

Dilancarkan secara maya sekali dengan Hijet Jumbo Camper Ver. di Tokyo Auto Salon 2021, Taft Crossfield dilengkapi dengan pelbagai sentuhan kereta offroad. Antaranya seperti pelindung bampar depan, kabel penarik, pelindung bahagian bawah, lampu bar LED, dan pelindung lampu belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad 01

Melengkapi kenderaan mengembara ini ialah suspensi RS-R dan rim Rays Team Daytona KCX 16 inci yang dibaluti tayar Yokohama Geolandar M/T G003 bersaiz 175/80 R16.

Daihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad 02

Selain warna kuning yang cukup menyerlah, Daihatsu Taft Crossfield menampilkan ilustrasi bulan dan gunung-ganang di sekitar lampu depan. Di bahagian sisi pula memperlihatkan ilustrasi sekumpulan ikan.

Apa yang lebih menarik ialah musik yang dimainkan untuk iklan Taft Crossfield dimana ia mempersembahkan kebolehan crossover Kei ini.

Daihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad 03

Untuk maklumat anda, Daihatsu Taft yang standard dikuasai oleh enjin 0.6L 3 silinder turbo ataupun aspirasi natural. Pembeli juga ditawarkan dengan pilihan pacuan roda depan ataupun keempat-empat roda. Seperti kebanyakan model Daihatsu di Jepun, ia dibangunkan berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Dalam erti kata lain, ia sedikit-sebanyak berkait dengan Perodua D55L yang akan datang tidak lama lagi.

Daihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad 04

Seperti Hijet Jumbo Camper, Taft Crossfield tidak akan memasuki fasa produksi dalam masa terdekat. Malah kedua-dua model ini mungkin sekadar konsep semata-mata.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda