window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung!

Faisal · Oct 3, 2021 04:00 PM

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 01

Daihatsu Tanto merupakan kereta Kei tinggi yang diperkenalkan pada tahun 2003. Sekarang, hatchback yang comel ini telah masuk generasi keempat yang mana ia dilancarkan pada tahun 2019 yang lalu. Baru-baru ini, Daihatsu telah mengemaskininya dengan beberapa ciri, termasuklah varian ‘kebajikan’ yang dirasmikan sebagai siri Friendship.

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 02

Bagi anda yang belum tahu, pembuat kereta Jepun sering perkenalkan kenderaan kebajikan yang dikhaskan buat warga emas dan OKU untuk pengangkutan yang mudah. Kereta tinggi seperti Daihatsu Tanto pula cukup sesuai kerana ia memudahkan penumpang untuk keluar masuk kenderaan. Di samping itu, ruang belakangnya juga cukup untuk membawa kerusi roda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 01

Selain pintu gelangsar dan imej yang nampak luas, Daihatsu Tanto juga ada satu ciri unik dimana tiang B pada belah penumpang tidak didatangkan langsung. Idea ini sebenarnya diterapkan bagi memudahkan golongan kurang upaya untuk keluar masuk kenderaan. Menariknya, ciri ini sudah ada sejak Daihatsu Tanto tahun 2007 lagi, iaitu pada generasi kedua.

Juga bacaPanas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 02

Secara amnya, siri Friendship ini ditawarkan dengan varian:

  • Tanto Welcome Turn Seat – kerusi penumpang depan yang boleh pusing
  • Tanto Welcome Seat Lift – menambah ciri perendah kerusi penumpang depan
  • Tanto Sloper – menambah ciri penaik kerusi belakang

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 03

2 penampilan yang berbeza; Tanto dan Tanto Custom.

Dari segi teknikal, Daihatsu Tanto dibina berasaskan platform DNGA yang mana ia turut dikongsi dengan Daihatsu Taft. Uniknya, Daihatsu Tanto merupakan antara kereta Kei paling laku di Jepun. Setakat Ogos tahun ini, ia telah terjual sebanyak 85,371 unit. Secara tidak langsung, sambutan ini meletakkan ia ditangga ketiga di belakang Honda N-Box dan Suzuki Spacia.

Juga bacaDaihatsu sasar 10 model DNGA baharu untuk pasaran membangun, termasuk hibrid dan EV!

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 04

Berbanding Daihatsu Thor yang kami pernah ceritakan, Tanto sebenarnya dikuasakan oleh enjin lebih kecil yang berkapasiti 0.6L turbo. Ia turut dipadankan dengan transmisi CVT.

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 05

Selain perasmian siri Friendship, kereta Kei tinggi ini juga diperbaharui dengan ciri electric parking brake (EPB), menggantikan brek parkir kaki. Teknologi Cornering Trace Assist juga diperkenalkan supaya Daihatsu Tanto kekal stabil sewaktu mengambil selekoh.

Dari segi keselamatan, Tanto terbaru dikemaskini dengan ciri kawalan pelayaran adaptif (ACC) sekali dengan stop & go. Ciri ADAS Smart Assist seperti AEB, Lane Keep Assist dan parkir automatik juga turut didatangkan.

Daihatsu Tanto – kereta Kei terbaik untuk warga OKU, tiang B tiada langsung! 06

Berkenaan harga, Daihatsu Tanto terbaru ditawarkan bermula 1.24 juta JPY sehingga 2.17 juta JPY (~RM 47k - RM 82k).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda