window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia!

Haris · Jul 20, 2021 04:00 PM

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 01

PT Astra Daihatsu Motors, pengedar kenderaan Daihatsu di Indonesia terkejut melihat prestasi jualan Daihatsu Rocky di Indoensia. Hal ini kerana model Daihatsu Rocky paling mahal dinobatkan sebagai varian terlaris dalam keseluruhan varian model berkenaan.

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 02

Harga untuk Daihatsu Rocky bermula dari IDR 178.9 juta (RM 52,000). Model yang dimaksudkan adalah Daihatsu Rocky 1.0 R TC CVT ASA berharga IDR 236.1 juta (RM 68,701).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rujukan, terdapat 11 varian yang ditawarkan untuk Daihatsu Rocky di Indonesia.

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 01

Pada awalnya, PT Astra Daihatsu Motors menjangkakan hanya 5% varian ini terjual dalam keseluruhan varian. Namun, jangkaan tersebut meleset kerana ia kini mencecah 20% jualan berbanding varian lain. Ini adalah lonjakan 4 kali ganda daripada jangkaan awal. 

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 02

Dalam sidang media maya baru-baru ini, syarikat itu mendedahkan bahawa kebanyakan pembeli Daihatsu Rocky bukan pembeli kereta kali pertama. Sebaliknya, kebanyakan pembeli melihat SUV sebagai pilihan untuk kereta kedua dan tidak begitu peduli mengenai tahap harga.

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 03

Menariknya, Daihatsu Rocky pasaran Indonesia turut berkongsi sistem bantuan pemandu ADAS yang sama dengan Perodua Ativa; bukan ADAS yang digunakan di Jepun. Suite ADAS Daihatsu hanya dipanggiil Smart Assist di Negara Matahari Terbit tersebut.

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 04

Daihatsu Rocky juga hadir dengan skrin infotainment 9-inci dengan pautan Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, ia menggunakan kawalan penyaman udara butang elektronik berbanding tombol. 2 ciri ini adalah ciri yang tiada pada Perodua Ativa.

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 05

Daihatsu Rocky hadir dengan pilihan enjin 1.0 liter turbocaj 1KR-VET (98 PS / 140 Nm) sama dengan Perodua Ativa dengan transmisi automatik D-CVT.

Kelainannya adalah tawaran enjin 1.2 liter NA WA-VE (88 PS / 113 Nm) di samping enjin sedia ada dan pilihan transmisi manual 6-kelajuan,

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 06

Dengan harga Daihatsu Rocky yang lebih murah daripada kembar Toyota Raize (bermula dari IDR 202.7 juta, atau RM 59,000), tidak mengejutkan sekiranya Daihatsu Rocky terjual lebih banyak berbanding Toyota Raize.

Daihatsu terkejut, Rocky (Ativa) paling mahal jadi model terlaris di Indonesia! 07

Menurut data penjualan kenderaan yang disediakan oleh GAIKINDO, Daihatsu menjual 3,741 unit Daihatsu Rocky pada bulan Jun, sementara Toyota Raize dijual sebanyak 2,339 unit pada bulan yang sama.

Bacaan Lanjut:

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize?

Pelan Daihatsu dipuji, awal-awal dah rancang tutup kilang 2 hari sahaja bulan depan!

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda