window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla!

Haris ยท Jun 13, 2022 07:00 PM

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 01

Thailand mungkin telah menjadi negara Asia Tenggara kedua selepas Singapura yang membuka pusat pengedar Tesla tetapi Indonesia tidak berhasrat untuk mengikuti jejak Thailand yang menjadi ejen jualan semata-mata. Sebaliknya, Indonesia mahu Tesla menyediakan kemudahan pemasangan 500,000 unit kenderaan setahun di negara tersebut.

Umpannya? Kerajaan Indonesia kini menawarkan akses kepada elektrik janaan geoterma boleh diperbaharui (sehingga 400 MW akan disediakan untuk wilayah yang dicadangkan), yang akan memberi kesan positif terhadap piawaian mesra alam untuk rantaian bekalan Tesla. 

Piawaian mesra alam ini merupakan kriteria yang diaudit untuk kebanyakan syarikat yang disenarai umum (public-listed), misalnya Tesla.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 01

Elon Musk membawa Presiden Jokowi ke lawatan kilang SpaceX di Texas

Laporan oleh Jakarta Post Indonesia berkata, Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan telah mencadangkan kepada Tesla untuk membina kilang pemasangan berkapasiti 500,000 kenderaan elektrik setahun di Batang, Indonesia.

Daerah yang sama ini juga memperlihatkan di mana syarikat LG telah mula membina kilang pembuatan bateri berjumlah USD 9.8 bilion (~RM 43.1 bilion) end-to-end yang meliputi pemprosesan mineral, pembuatan sub-komponen bateri termasuk katod dan prekursor, pembungkusan bateri, serta kitar semula bahan.

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 02

"Kami boleh [...] menyalurkan tenaga mesra alam ini [ke kilang Tesla]," kata Luhut kepada ahli parlimen semasa mesyuarat dengan Suruhanjaya Belanjawan Dewan Rakyat.

Akhbar itu juga menambah bahawa Indonesia semakin melindungi sumber tenaga baharu dan boleh diperbaharuinya kerana ia komited untuk ekonomi nyah karbon - tumpuan bagi persidangan G20 yang diadakan dan dipengerusikan oleh Indonesia tahun ini.

“Walaupun Thailand baru sahaja menjadi ejen [kenderaan Tesla], kami tidak mahu mengikut jejak langkah yang sama. Kami mahu menjadi pengeluar,” kata Luhut.

Baca: Tesla Thailand didaftarkan, Model S, 3, X, Y rasmi sedia untuk warga Thai?

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 03

Kredit gambar: The ASEAN Post

Akhbar itu juga melaporkan bahawa Presiden Jokowi sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan eksport tenaga boleh diperbaharui, kerana tindakan sedemikian secara tidak langsung akan memacu pelaburan ke dalam teknologi hijau ke negara tersebut.

Indonesia baru-baru ini telah menandatangani perjanjian eksport tenaga boleh diperbaharui dengan Singapura, mengeksport tenaga elektrik janaan panel solar dari Batam.

Negara itu juga telah mengharamkan eksport nikel, bahan mentah penting yang digunakan dalam pembuatan bateri EV.

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 04

Walaupun Indonesia telah menawarkan Kawasan Perindustrian Batang kepada Tesla, Menteri Luhut berkata bahawa Tesla juga telah menyatakan minat untuk lokasi lain iaitu di Taman Perindustrian Hijau Kalimantan Utara, yang dibina bermula Disember 2021.

Perbezaannya, tapak perindustrian daerah Batang akan dikuasakan oleh tenaga geoterma manakala di daerah Kalimantan Utara pula akan dikuasakan oleh gabungan tenaga solar dan hidro.

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 05

Majlis pecah tanah kilang bateri EV bersepadu Kawasan Perindustrian Batang

Luhut juga berkata bahawa Tesla telah menunjukkan minat untuk membangunkan industri semikonduktor di Indonesia, tetapi tidak dapat mendedahkan sebarang butiran lanjut kerana telah menandatangani perjanjian.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk telah mengesahkan bahawa dia akan pergi ke Indonesia pada November tahun ini.

Harus diingat bahawa semikonduktor adalah kawasan di mana Malaysia (khususnya Pulau Pinang) mempunyai kelebihan berbanding Indonesia.

Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global sehingga perintah kawalan pergerakan pada tahun 2020 adalah sebahagian daripada sebab di sebalik kekurangan alat ganti semikonduktor automotif dunia.

Indonesia memahami bahawa ekosistem kenderaan elektrik sangat berkait rapat dengan semikonduktor, jadi mereka turut bercadang untuk berkembang ke dalam industri itu juga.

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 06

Ketika Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini di Davos, Switzerland, wakil Indonesia turut bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm, Cristiano Amon.

Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita berkata bahawa negaranya sedang membina Pusat Pembuatan Indonesia untuk mempercepatkan pembangunan industri elektronik dan IT, dan memohon kepada Qualcomm untuk membantu dalam pembangunan tersebut.

Dalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla! 07

“Kami (kerajaan Indonesia) amat yakin dengan pelaburan bahawa (pembuatan) kereta elektrik di Indonesia akan berjalan dengan baik,” kata menteri itu yang menambah kementeriannya sedang membangunkan ekosistem industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Oleh itu, kami menjemput Qualcomm untuk mengambil bahagian dalam proses (perindustrian) tersebut," katanya.

"Dalam pada itu, melalui pertemuan tersebut, kami menjangkakan Qualcomm boleh membantu dalam pembangunan pusat itu."

Baca: Setelah Tesla, kini Ford menunjukkan minat untuk membuka kilang di Indonesia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda