window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Damok guna jentera 'sendiri' di GP Malaysia 2022, yakin ada kelebihan di Sepang!

Khairil ยท Sep 14, 2022 11:00 AM

Damok guna jentera 'sendiri' di GP Malaysia 2022, yakin ada kelebihan di Sepang! 01

Teka teki jentera yang bakal ditunggang pelumba 'Wildcard' negara di Grand Prix (GP) Malaysia 2022 dalam kelas Moto3, Syarifuddin Azman terjawab apabila dia bakal menggunakan jentera sama digunakan di Kejuaraan Dunia JuniorGP (JrGP) di Eropah.

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok sememangnya tampak cukup serasi dengan jenteranya di perlumbaan JrGP dan ketika ini menghuni tangga ketiga keseluruhan serta meraih beberapa kedudukan podium. 

Damok guna jentera 'sendiri' di GP Malaysia 2022, yakin ada kelebihan di Sepang! 02

Damok (tiga kanan) ketika dinamakan sebagai pelumba 'wildcard' negara di GP Malaysia 2022

Beraksi sebagai pelumba Vision Track Racing Team di Sepang, Damok bukan saja menggunakan jenteranya, namun turut memperoleh khidmat pasukannya di JrGP. Sebagai info, Damok menggunakan jentera Honda di JrGP.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Saya akan gunakan jentera saya di JuniorGP di GP Malaysia nanti. Semuanya sama dan saya akan membawa pasukan saya dari Eropah ke Malaysia. 

Juga baca: Tonik tambahan buat Damok, dapat tajaan RCB hadapi GP Malaysia 2022!

Damok guna jentera 'sendiri' di GP Malaysia 2022, yakin ada kelebihan di Sepang! 01

"Mereka sudah menjadi seperti keluarga saya sendiri. Saya gembira dan serasi dengan mereka. Saya mempunyai keyakinan dengan mereka dan diri saya sendiri yang saya boleh melakukannya," kata Damok.

Mengulas mengenai keyakinannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Damok dengan nada yakin menyifatkan litar kebanggaan negara itu sebagai 'makanannya'.

Damok guna jentera 'sendiri' di GP Malaysia 2022, yakin ada kelebihan di Sepang! 02

Damok ketika beraksi di perlumbaan MSBK di Sepang

Begitupun, ia bukan sekadar omong kosong kerana SIC bukanlah litar yang asing dan sudah menjadi lokasi latihannya bersama SIC Racing yang dikendalikan bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.

"Tempat saya, makanan saya dan saya tahu selok belok di sini. Tetapi ia bergantung juga kepada keadaan cuaca di Sepang nanti jadi saya perlu mempersiapkan diri, mental saya sendiri untuk lebih baik lagi," katanya yang turut berharap sokongan padu penonton di Sepang nanti.

Juga baca: Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok

Damok guna jentera 'sendiri' di GP Malaysia 2022, yakin ada kelebihan di Sepang! 03

Di GP Malaysia 2022, Damok diberikan sasaran untuk meraih penamat dalam kelompok 10 terbaik oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif dengan penaja utama, Petronas meletakkan sasaran lima terbaik.

Tetapi bagi Damok, sasaran peribadinya adalah berdiri di atas podium atau mengumandangkan lagu kebangsaan, Negaraku di Sepang.

Juga baca: Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda